بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 30 Oktober 2016

Gigi Iman yang pertama tercabut

Assalamualaikum

Gigi pertama Iman yang dah tercabut. Asalnya terlanggar besi cabinet tv. Goyang dua-dua gigi bahagian bawah. Tapi biasalah.. takut nak cabut. Sampai nangis. Jadi saya biarkan sahaja. Akhirnya tercabut sendiri di sekolah. Gigi baru dah pun mula tumbuh. Tapi tak cantik sebab tumbuh di belakang. Besar pula tu. Senget sedikit.. sebelahnya baru sahaja tercabut.

Kedua-duanya di sekolah... memang nak tertanggal di sekolah nampak gayanya :-)

Majlis nikah anak saudara perempuan AI

Assalamualaikum

Alhamdulillah anak saudara AI sudah pun selamat bernikah pada awal bulan Oktober 2016. Majlis persandingan akan berlansung pada 6 November ini.

Tahniah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Pantai Morib

Assalamualaikum

Imbas kembali aktiviti hujung minggu. Kali ni di pantai Morib, Banting pula. Masa ni air laut berombak. Paras air pun tinggi. Cantik sungguh pemandangan waktu senja.

#minatambilgambarpemandangan

Pantai jeram

Assalamualaikum

Imbas kembali.. aktiviti hujung minggu. Mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah di pantai jeram.

Ummi Iman dah 40 tahun

Assalamualaikum

Hari raya haji baru ni, AI beli kek untuk sambut raya dan ulangtahun kelahiran saya sekali (in advance.. awal sehari). Terharu juga lihat apa yang tertulis di atas kek sebab rasanya saya belum capai lagi ke tahap tu. Apa pun terima kasih.. saya cuba jadi lebih baik.

Alhamdulillah syukur masih diberi ruang dan peluang hingga ke umur ini oleh Allah. Semoga Allah panjangkan usia dalam rahmat dan keberkatan dariNya. Aamiin.