بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 26 Mei 2016

Raikan birthday Iman in advance

Assalamualaikum

20/5 kami buat majlis kecil untuk raikan birthday Iman sebab dia tak sabar nak potong kek lepas kami beli kek untuk Faris baru-baru ni. Untuk tidak menghampakan AI cakap kita buat awal la.. lagipun nanti 20/6 dah puasa.

Saya cepat-cepat tanya kawan dan edit gambar Iman untuk letak atas kek. Dia nak gambar parrot drone.. ok senang je.. sekarang semua dah canggih. Boleh print gambar letak atas kek. Cuma bayar je :-).

Kek order dari kawan sekolah menengah saya yang tinggal tak jauh dari rumah mak. Senang dekat... Alhamdulillah lepas majlis tu takde dah Iman tanya lagi bila birthday dia. Walau dia tau birthday dia bulan 6. Tapi sekarang dia tak tau bulan berapa hehe.

Isnin, 23 Mei 2016

Shopping dan makan Nandos di Sogo

Assalamualaikum

Pergi rumah abang AI.. lepas sembang-sembang AI ajak famili abang dia pergi makan. Abang AI request nak makan di Nandos. Jadi kami ke Sogo yang tak jauh dari rumah abang ipar saya.

Kami gerak dulu sebab nak cari baju Iman, Faris dan anak adik sorang lagi. Ada sales so harga pun murah.

Abaikan muka natural saya dan muka biras yang macam garang tu hehe.. marah pula dia kalau nampak :-)

Beli kek untuk birthday Faris

Assalamualaikum

13 Mei hari ulangtahun kelahiran Faris. Memang tak lupa tarikh ni.. sebab sama dengan tarikh peristiwa. Tapi m.ngah @ saya asyik tertangguh nak wish. Sampaikan tuan badan hantar whatsapp bagutau birthday dia. Siap panggil m.ngah dia ummi.. bodek-bodek la tu... hehe.

Faris memang selalu ikut kami dulu. Dari dia kecil sampai la sekarang. Iman pun rapat dengan dia. Bila bagitau p.ngah @ AI pasal birthday ayis. AI terus cakap nak beli kek. Jauh beli kek... masa tu kami pergi IKEA. Mujur ada kedai secret recipe berdepan dengan IKEA. Tahun lepas AI belikan kek SR juga.. emergency je pergi SR.

Tahun ni Faris dah 11 tahun.. semoga Allah berkati dan rahmati kehidupan Faris sentiasa.

Pak Lee Cendoi Pelabuhan Klang

Assalamualaikum

Pak Lee Cendoi merupakan kedai makan yang selalu saya dan Iman pergi dalam tempoh rumah yang sedang diperbaiki. Dekat dengan rumah. Rasa pun boleh tahan dan banyak pilihan..

Iman suka sangat makan Cendoi @ cendol. Kalau datang hari-hari nak order. Cendol kat sini sedap.. ABC sedap juga tapi Iman tak minat. Dia cakap abang tak suka ABC abang suka cendol :-).

Kalau datang Pelabuhan Klang boleh singgah sini cuba menu yang ada.. rojak, nasi goreng kampung, set nasi ayam goreng berempah, nasi goreng ayam, sup perut, nasi goreng paprik dan banyak lagi. Harga pun murah.

Ahad, 22 Mei 2016

Majlis resepsi sebelah lelaki

Assalamualaikum

Seminggu selepas majlis di Putrajaya, kami ke Perak pula untuk majlis di sebelah pihak lelaki. Kami tidur di homestay yang disediakan sebelah pihak lelaki. Nyaman sebab belakangnya sawah padi.

Sedap masakan orang Perak. Hari sampai.. malam tu makan gulai itik.. yummy. Keesokan di hari majlis pun makanan sedap.. cumanya kami semua sakit perut... tak tahu la kenapa. Tapi hari tu air tiada sebab paip bocor.. mungkin berpunca dari air... apa pun ianya pengalaman... pertama kali kena keracunan makanan. Tapi tak sampai kena masuk wad. Makan pil biji-biji hitam tu.. Alhamdulillah ok.

Majlis resepsi sebelah perempuan

Assalamualaikum

Sambungan majlis resepsi sepupu AI yang berlangsung di dewan area Putrajaya. Dari tengahari ke malam berkampung di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Semoga pengantin dilimpahi rezeki dan rahmat dari ilahi..

Tengok aksi adik-adik saya yang datang dan posing sakan di hari tu.. :-)

#photobooth

Sabtu, 21 Mei 2016

Hari pernikahan sepupu AI

Assalamualaikum

Imbas kembali di hari pernikahan sepupu AI... Sirah dan suami. Majlis berlangsung pada hujung bulan 4 baru ni..

Alhamdulillah..