بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 11 April 2016

Satay Willy Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Kisah malam tadi.. kami makan di Satay Willy seksyen 7 Shah Alam. Sekarang bukan layan diri macam dulu. Dulu kami merajuk.. masuk duduk takde siapa pun layan. Rupanya kena beratur order. Lepas tu kami pergi kedai lain.

Malam tadi dah ada pelayan tanya nak order apa. Kan senang macam tu.. utamakan customer. Mula ingat bungkus satay je.. tengok ada menu lain. Kami pun duduk makan di situ. Satay kami bungkus bawa balik.

Laksam kosong tu Iman yang makan. AI makan nasi kerabu, saya pula makan nasi ala kak wok. Rasanya ok.. kebetulan tak berapa sihat. Jadi main telan je. Tak boleh menghayati sangat. AI kata sedap.

Ahad, 10 April 2016

Nyonya Village Cafe Plaza GM Klang

Assalamualaikum

Lagi cerita makan-makan di Plaza GM Klang. Kedai makan yang bernama Nyonya Village Cafe. Makanan di sini sedap. Gambar makanan tiada sebab malu nak ambil. Orang ramai.. hehe

Dah keluar baru berani nak ambil. Next time datang lagi.. beranikan diri snap gambar :-)

Madam Bee's Kitchen Plaza GM Klang

Assalamualaikum

Jalan-jalan cari makan di Plaza GM Klang. Masa ni tak tau nak makan mana. Tiba-tiba tergerak nak ke sini. Makanannya ok la..

Khamis, 7 April 2016

Rombongan tadika Iman ke Pizza Hut dan Taman Burung

Assalamualaikum

Tahun ni baru timbul kepercayaan nak lepaskan Iman pergi rombongan sekolah dia. Tahun ni sekolah dia buat lawatan ke Pizza Hut sambil belajar buat pizza dan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Asalnya pergi Zoo Negara. Disebabkan cuaca panas mereka beralih ke Taman Burung.

Ummi dia perhati melalui whatsapp sekolah. Ada parent yang ikut dari belakang. So sentiasa berupdate.

Alhamdulillah happy tengok Iman happy.

Rabu, 6 April 2016

Klebang Original Coconut Shake

Assalamualaikum

Bestnya panas-panas ni dapat minum Klebang Original Coconut Shake :-). The best coconut shake yang pertama kali saya minum dan ini yang paling sedap. Adunan rasa yang seimbang. AI beli yang special... katanya aiskrim dalam ramuan coconut shake ni ditempah khas dari Singapore.

Dah famous mesti semua orang tahu lokasinya kan.. yang tak tahu boleh tengok signboard dalam gambar di bawah. Lokasinya bawah pokok bersebelahan taman ni.. ni lokasi saya menunggu AI baru ni. Alhamdulillah maju perniagaan diorang ni. Yang penting diorang ni tekun berniaga. Sentiasa berusaha buat yang lebih baik untuk perniagaan diorang. Hasilnya pun sangat baik. Syabas!

Datang Melaka mesti teringat yang ini.. sedapnya..



Complimentary membership and coupon RM10 Sogo

Assalamualaikum

Siapa berminat complimentary member ship Sogo dan coupon berharga RM10 (dengan pembelian RM150) boleh tinggalkan komen di bawah ni kemudian e-mail ke rusenidzan@gmail.com. Terhad kepada dua orang sahaja. Terima kasih.

Jumaat, 1 April 2016

River Cruise Melaka

Assalamualaikum

Kali kedua menaiki River Cruise Melaka setelah 4 tahun berlalu. Masa tu Iman kecil lagi. Ada entrinya dalam blog ni. Tiada perbezaan semuanya masih sama. Namun tetap rasa menarik juga melihat pemandangan di sekitarnya.

Iman sibuk dengan tab.. dah separuh jalan baru menghayati pemandangan di luar. Harga tiket river cruise boleh lihat dalam gambar di bawah.

Restoran Melayu Asli tepi River Cruise Melaka

Assalamualaikum

Jalan-jalan cari asam pedas di Melaka. Lepas puas pusing-pusing akhirnya kami makan di Restoran Melayu Asli yang terletak tak jauh dari Swiss Garden.

Sebelum masuk tanya dulu ada tak asam pedas. Alhamdulillah rezeki ada. Maka kami makan tengahari di sini. Asam pedas ada banyak versi jadi jangan gaduh-gaduh. Mana yang asli dan mana yang tidak hehe. Janji sedap betul tak?

Saya dan AI suka... sedap juga makanan di sini. View pun cantik. Boleh datang lagi..