بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Mac 2016

Majlis Hi Tea bersama kawan sekolah rendah

Assalamualaikum

Memori majlis perjumpaan rakan sekolah rendah di Warong Warisan Asli, Bayu Tinggi Klang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya suka kedai makan ni kerana ada menyediakan tempat untuk perjumpaan secara berkumpulan. Makanan boleh order ala carte atau buffet. Tempat selesa ada kemudahan surau serta privacy. Makanan boleh order ala carte atau buffet.

Restoran ni terletak di lot kedai bersebelahan sekolah rendah Batu Unjur Bukit Tinggi Klang (belakang Kuwait Finance) / sekolah vokasional klang (BP Lab). Ada dua jalan boleh masuk ke sini.

Isnin, 28 Mac 2016

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Assalamualaikum

Pergi Melaka baru ni.. sebelum balik kami singgah di Freeport A Famosa yang terletak di sebelah kanan jalan nak ke A Famosa Resort. Jalan mudah nak ke sini exit tol simpang empat kemudian masuk jalan depan balai polis yang terletak di sebelah kiri jalan. Nanti akan nampak Freeport A Famosa ni di sebelah kanan.

Waktu beroperasi atau buka adalah setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada kemudahan surau dan food court. Agak besar juga. Harga murah juga. Katanya sini takde GST. Cuma brand seperti Coach tiada. Ok la harga mampu beli. Jika dibanding dengan Johor saya lebih suka di sini.. cantik, selesa dan yang penting mampu beli.

Untuk kanak-kanak boleh naik free carousel. Best kan.. tengok Iman tu.. seronok dia. Dia makan dua kali aiskrim dari gerai cool stick dalam gambar di bawah. Sedap la tu...

Banyak brand juga ada di sini macam Nike, Polo, Carlo Rino, Adidas, Triumph, Hush Puppies, Puma, Cotton On, Brooks, Sacoor, Canterbury, Benetton, Gap, Banana Republicans, Victoria Secret banyak lagi... 

Ahad, 20 Mac 2016

Buffet dinner D'saji Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum

Tanpa dirancang kami singgah buffet dinner D'saji di Taman Tasik Titiwangsa. Bawa Iman main bola. Dah maghrib tiba-tiba AI ajak makan situ. Lepas diorang tunjuk meja. Kami solat dulu di surau yang selesa dalam tu. Kemudian baru mula makan.

Kami ni golongan tak kuat makan. Tak rasa semua pun. Itu pun rasa dah penuh perut. Makanan banyak pilihan. Kuah tomyam steamboat memang sedap. Yang lain pun sedap-sedap. Gambar makanan takde. Malu nak ambil hehe..

Best juga makan di sini sebab ada show ikut kebudayaan. Mula-mula intro lagu instrumental winter sonata oleh seorang lelaki berbangsa cina kalau tak silap. Lepas tu dia nyanyi. Sedap suaranya. Kemudian dituruti dengan tarian melayu, india dan cina. Bersambung lagi tarian dari Sabah Sarawak. Ada panggil tetamu menari bersama dan cuba meniup serumpit (Sarawak) pecahkan belon. Akhir sekali tetamu berpeluang ambil gambar bersama penari. Iman nak juga. Jadi kami pun ambil peluang bergambar. Persembahan dalam satu jam. Mula pukul 8-9 malam. Puashati la..

Buffet sampai pukul 10:30 malam. Tapi pukul 9 kami dah gerak balik. Oh ya harga buffet untuk dinner RM45 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak. Sudah termasuk GST.

Jumaat, 18 Mac 2016

Jusco baru Shah Alam

Assalamualaikum

Semalam tanpa dirancang singgah Jusco Shah Alam yang baru buka berhampiran dengan stadium Shah Alam terletak belakang stesen minyak Petronas.

Kami parking atas bumbung. Turun escalator terus jumpa bahagian kanak-kanak dan barang dapur. Cari seluar Iman sebab tengok ada sales 70%. Layan Iman main lego. Solat di surau yang cantik dan selesa serta makan di restoran Penang.

Kami jalan setakat tu je.. tak sempat pusing semua. Dengar cerita ada library dalam pasaraya ni. Iman nak naik keretapi pun tak sempat. Ramai orang. Macam-macam lagi yang menarik. Decorations situ cantik-cantik.

Rabu, 16 Mac 2016

Cuti sekolah @ Klate

Assalamualaikum

Balik kampung AI cuti sekolah bulan Mac selama 4 hari 3 malam. Tak berjalan pergi shopping pun. Cuaca pun panas. AI sibuk jumpa kawan. Petang masa pergi pantai sri tujuh terasa angin sejuk je. Sayang pantai penuh dengan sampah. Iman sibuk beli mainan

Sabtu, 12 Mac 2016

Koleksi gambar gerhana matahari

Assalamualaikum

Gerhana matahari baru-baru ni dapat banyak gambar dari rakan sekolah. Setiap orang yang ambil akan dapat lihat pantulan gambar bulan di sekitar gambar yang diambil. Menarik sangat melihatnya. Saya pun ada ambil juga.. walau dari dalam bilik. Masih nampak pantulannya yang kecil.

Alhamdulillah sempat lakukan solat sunat gerhana matahari. Lepas tu terus nampak 'bulan' :-)