بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 26 Januari 2016

Lihat apa ada di Bukit Melawati Kuala Selangor

Assalamualaikum

Melawat Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor sementara tunggu gerai rakan depan pejabat umno Kuala Selangor di buka. Dah lama tak datang sini. Saja bawa iman tengok monkey. Kami datang dah petang jadi banyak tempat tak dapat nak masuk. Sempat naik tram dengan bayaran rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Ada gst jadi ada tambahan sen dibelakang 😉.

Kalau nak datang sini,  kena la datang awal lagi. Muzium, taman alam dan kolam ikan air tawar buka sehingga 5.30 petang sahaja.

Ahad, 24 Januari 2016

Kayuh basikal sewa di Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum

Riadah petang di tasik titiwangsa dengan menyewa basikal yang berharga rm10 untuk satu jam. Dah lama sangat tak kayuh basikal. Mujur boleh lagi 😅

Iman dan Ayis happy sangat. AI pun kayuh juga... 😉

Selasa, 19 Januari 2016

Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami bermalam di hotel Cyberview Resort & Spa. Macam biasa booking bilik melalui Booking.com. Member dapat 25% discount (genius). Harga untuk bilik superior chalet RM273 termasuk sarapan pagi. Tapi masa check in bilik kami di upgrade ke executive. FOC. Senyum je la... orang nak bagi :-).

Seronok juga rehatkan minda di sini. Suasana tenang dan damai. Dikelilingi pokok2 menghijau. Kolam pun besar. Ada cetek dan dalam. Seronok la iman. Dia memang suka kolam cetek. Bebas untuk dia bermain.

Sarapan pagi.. bagi saya biasa je. Tapi banyak la pilihan. Sesiapa yang ingin tenang dan santai. Boleh la datang sini.

Rabu, 6 Januari 2016

Back to school

Assalamualaikum

Hari pertama sekolah untuk tahun 2016. Buat-buat tidur... ermm.. :-)

Selamat kembali ke sekolah che Iman. Tak lupa che Anis (geng bas sekolah hehe). Moga peroleh ilmu yang bermanfaat dengan keberkatan Ilahi. InshaaAllah. Aamiin.

Isnin, 4 Januari 2016

Hantar mak dan sepupu pergi umrah

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat mak nak jejak kaki di Mekah. P.anjang (adik arwah abah) sponsor. Pergi bersama anak-anaknya.

Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan beribadah serta selamat pergi dan balik. InshaaAllah. Aamiin.