بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 24 September 2016

Tok Aman Bali Kelantan singgah sebentar makan dan santai

Assalamualaikum

Masih kisah raya aidilfitri di Kelantan tahun ni. Jalan-jalan melawat kawasan hehe. Teringin sangat nak tengok tempat ni. Akhirnya sampai juga saya di Tok Aman Bali ni. Cantik tempatnya.. bersih dan tenang.

Mula-mula nak tengok je.. tapi AI ajak makan. Ok juga makanannya.. harga pun tak mahal sangat. Sebelum makan kami solat zohor dulu. Ada surau dekat dengan toilet. Bersih dan selesa. Lepas makan melawat kawasan sekitar swimming pool. Sempat diorang duduk rehat bawa pokok.

Lepas tu layan Iman main di playground dan last sekali naik kenderaan tu.. tak tau la apa namanya. Puas Iman main.. RM10 untuk berapa minit dah tak ingat. Main tengah panas. Sebelum balik singgah dulu pantai. Hanya saya dan Iman je turun. AI mood tak rajin nak tengok laut :-). Secara keseluruhan. Menarik tempat ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...