بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 24 September 2016

Program haji cilik Little Caliphs di Shah Alam

Assalamualaikum

Semasa musim haji baru ni sekolah Iman ada buat program simulasi haji dengan gabungan semua cawangan sekolah little caliph area Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Program ni berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic Seksyen 21 Shah Alam. Dapat liputan media. Seronok tengok gambar, video dan di television bercampur terharu. Ramai.. dengan lengkap berihram dan bertelekung. Seperti berada di Mekah dah. Suatu pengalaman yang saya rasa cukup bagus dan bermakna. Selesai program pelajar ada diberikan sijil penyertaan.

Malam sebelum tu saya belajar ikat kain ihram. Tengok youtube melalui link yang di share dalam group whatsapp sekolah. Pagi-pagi dah bangun mandi dan terus pakai ihram. Bas gerak pukul 7:30. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...