بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 27 September 2016

Hari Sukan sekolah Iman 2016

Assalamualaikum

Gambar-gambar hari sukan sekolah Iman di Dewan MPK Taman Sri Andalas, Klang. Tahun ni masih sama rumah purple. Jimat duit tak perlu beli baju sukan lagi. Memang macam tu. Siapa masuk awal.. 4 tahun la rumah sama hehe. Setia namanya.

Hari sukan tu.. terharu pula bila nama Iman di sebut. Sebat dia antara yang terlibat pegang bendera upacara pembukaan. Terkejut juga sebab dia tak cakap apa-apa. Tapi kelakar.. tidur lewat.. bangun pagi. Nampak dia menguap banyak kali. Dengar orang berucap.. mengantuk hehe.

Tahun ni ummi dia juga yang lari walau AI ada. Alasan AI sakit kaki... ermmm. Tahun ni untuk acara yang kami masuk tu, rumah purple dapat no. 2. Tahun sebelumnya no. 1. Turun satu tangga. Yang penting semangat kesukanan tu ada hehe. Sekarang dah ada 2 medals. Simpan untuk kenangan.

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...