بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 17 September 2016

Hari Kemerdekaan 2016 sekolah Iman

Assalamualaikum

Lama tak update.. ada kisahnya kenapa. Nanti saya cerita. Sempena 31 Ogos 2016 baru ni sekolah Iman buat sambutan hari kemerdekaan sehari sebelumnya. Tahun lepas Iman pakai baju melayu. Tahun ni saya jahitkan jubah dan kopiah menggunakan kain bendera.

Esok nak pakai malam baru jahit. Kira last minute. Bila semangat tu datang terus jadi :-). Tunggu AI balik kerja bawa bendera malam tu. Start jahit pukul 11.. siap pukul 2 pagi. Iman sanggup tunggu. Siap terus pakai ambil gambar. Suka dia. Pesan pada Iman pakai suka-suka bukan sebab nak menang. Yang penting semangat.

Tahun last tadika memang ummi dia buat semua apa yang tak buat tahun lepas O:-). Bagi Iman rasa dan tinggalkan kenangan manis di tadika.

Selamat hari kemerdekaan 2016. Dengan tema SEHATI SEJIWA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...