بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 1 Jun 2016

Ros Jepun beli online sambil menderma

Assalamualaikum

Baru ni tiba-tiba rasa berminat nak tanam pokok ros jepun. Sebab apa nama ros jepun saya tak tahu hehe. Bunganya comel-comel. Dulu-dulu masa di zaman kanak-kanak banyak pokok bunga ni.. sekarang susah sikit jumpa. Tapi kalau cari ada..

Nampak cantik bila dia menjalar di tanah dan berbunga penuh. Saya beli online sebab fikir malas nak cari atau susah nak dapat pokok ni. Rupanya lepas beli masa saya pergi nursery pokok saya ada terjumpa dengan pokok ni.

Takpe la.. rezeki online. Lagipun murah dia jual. Dia jual pun untuk bantuan makanan di Syria. Saya transfer terus dalam account sumbangan Syria. Nama yang jual ni Laila. Boleh whatsapp dia jika berminat nak beli.

Dia pos guna pos laju.. jangan risau tak rosak pokok. Saya ambil pun lewat sehari sebab tiada di rumah masa pos laju hantar. Esoknya baru ambil. Lusa baru tanam ;-).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...