بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 2 Jun 2016

Eagle Ranch Resort Port Dickson

Assalamualaikum

Baru ni awal cuti sekolah kami bermalam di Eagle Ranch Resort yang terletak di Port Dickson. Macam biasa tempah bilik melalui booking.com. Tinggal satu je bilik Log cabin. Dah lama nak datang sini akhirnya tercapai juga hajat. Harga bilik log cabin RM282 termasuk gst. Agak mahal.. kalau duduk hotel dapat yang lebih selesa. Tapi ok la.. suasana sekeliling buat rasa tenang.. sebab penuh dengan tumbuhan hijau. Tak sibuk nak jalan tempat lain. Tapi banyak nyamuk.

Banyak aktiviti boleh buat dalam ni. Tapi kami tak sempat sebab kami check in lewat hari sabtu tu. Dah malam baru sampai sebab ada orang buat kerja di rumah. Ahad pula lepas breakfast Iman dan Najihah berendam lama dalam swimming pool. Memang tak sempat. Nak naik kereta kuda.. yang bawanya tiada pula pergi makan.

Sarapan pagi tak banyak choice. Tapi rasa ok la.. selebihnya boleh tengok gambar-gambar di bawah ni..

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehehe saya juga ke resort ini dari 1 jun- 3 jun lalu..memang seronok..sempat naik kuda...hehehe saya ambil kampong house selesa dan tiada nyamuk..cuma sarapan pagi memang tiada pilihan

      Padam
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...