بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 1 April 2016

Swiss Garden Hotel Melaka

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami pergi bercuti ke Melaka. Negeri yang dekat dan banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Tak pernah jemu. Kaya dengan sejarah dan sentiasa nampak klasik dengan rekabentuk dan barangan lama.

Kali ni kami pilih hotel Swiss Garden pula. Tengok gambar swimming pool yang cantik. Sesuai la untuk Iman bermain dan mandi. Sekarang ni Google hotel tengok swimming pool dulu. Kemudian tengok lokasi.

Kami gerak petang Jumaat. Bagi panjang sikit tempoh berjalan. Pergi Sabtu balik Ahad rasa macam tak puas dan letih. Hotel ni terletak atas pasaraya The Shore. Bangunan tertinggi di Melaka. Bilik kami tingkat 27 dari 30 tingkat. Memang request nak tingkat atas. Boleh tengok pemandangan indah.

Malam tu kami makan di gerai yang terletak di tepi sungai (river cruise). Jalan kaki je dari hotel. Esoknya kami turun pasaraya untuk makan. Tak banyak pilihan. Disebabkan malas nak keluar. Kami makan je la apa yang ada di situ. Jalan-jalan ternampak Oceanarium (next entry). Kami singgah masuk. Menarik juga.. besar juga tempatnya.. dapat pegang gamat dengan tapak sulaiman.

Lepas tu kami balik bilik solat dan tukar pakaian untuk mandi. Saya siap beli baju renang di situ. Tiba-tiba semangat nak beli campur takut tak boleh pakai baju biasa. Nampak jakuzzi di swimming pool. Tu yang sibuk nak masuk kolam. Sambil layan Iman. AI masuk sekejap je.. dia sibuk ambil gambar.

Selesai mandi kami turun bawah naik bot pula. River Cruise Melaka (next entry). Masa tu dah lewat petang. Ini kali kedua naik bot ni. Pertama dulu masa tu Iman kecil lagi. Turun dari bot kami jalan ke pasaraya balik untuk makan. Terpaksa la makan menu sama :-). Banyak dah habis. Lepas makan kami santai-santai di bilik.

Esoknya kami check out dan cari asam pedas. Google kedai tapi tak jumpa. Pusing-pusing akhirnya kami makan di restoran melayu asli. Dekat je dengan hotel. Kelakar. Kedai ni terletak tepi sungai (river cruise). Kalau naik bot mesti nampak.

Ok la makanannya. Macam orang dulu-dulu masak. Puashati. Tapi desert yang kami order tak sampai-sampai. Rupanya dia lupa buat. So kami cancelled. Lepas tu kami cari Klebang original coconut shake. Ramai betul orang. Tapi AI sanggup beratur untuk isteri dia ni hehe. Alhamdulillah lepas kempunan. Jangan risau walau beratur panjang tapi cepat. Sebab sekarang diorang dah guna blender besar.

Lepas tu AI singgah kedai Recycle Furniture pula. Ada entrinya sebelum ni. Tengok-tengok je.. tak jumpa yang menarik. Balik dari situ la kami singgah di Freeport A Famosa (entri sebelum ni). Masa cari tak jumpa singgah rumah adik di Alor Gajah ambil barang. Tanya adik ipar.. dia yang bagitau kat mana lokasi. Baru la tau.. ikut google tak jumpa.

Sekian.. cerita di Melaka. Gambar terabur sebab share guna handphone :-)

3 ulasan:

  1. Menarik hotel ni. Nanti boleh nak singgah juga.

    BalasPadam
  2. Betul ke kena pakai swimming suit?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...