بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 28 Mac 2016

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Assalamualaikum

Pergi Melaka baru ni.. sebelum balik kami singgah di Freeport A Famosa yang terletak di sebelah kanan jalan nak ke A Famosa Resort. Jalan mudah nak ke sini exit tol simpang empat kemudian masuk jalan depan balai polis yang terletak di sebelah kiri jalan. Nanti akan nampak Freeport A Famosa ni di sebelah kanan.

Waktu beroperasi atau buka adalah setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada kemudahan surau dan food court. Agak besar juga. Harga murah juga. Katanya sini takde GST. Cuma brand seperti Coach tiada. Ok la harga mampu beli. Jika dibanding dengan Johor saya lebih suka di sini.. cantik, selesa dan yang penting mampu beli.

Untuk kanak-kanak boleh naik free carousel. Best kan.. tengok Iman tu.. seronok dia. Dia makan dua kali aiskrim dari gerai cool stick dalam gambar di bawah. Sedap la tu...

Banyak brand juga ada di sini macam Nike, Polo, Carlo Rino, Adidas, Triumph, Hush Puppies, Puma, Cotton On, Brooks, Sacoor, Canterbury, Benetton, Gap, Banana Republicans, Victoria Secret banyak lagi... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...