بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 20 Mac 2016

Buffet dinner D'saji Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum

Tanpa dirancang kami singgah buffet dinner D'saji di Taman Tasik Titiwangsa. Bawa Iman main bola. Dah maghrib tiba-tiba AI ajak makan situ. Lepas diorang tunjuk meja. Kami solat dulu di surau yang selesa dalam tu. Kemudian baru mula makan.

Kami ni golongan tak kuat makan. Tak rasa semua pun. Itu pun rasa dah penuh perut. Makanan banyak pilihan. Kuah tomyam steamboat memang sedap. Yang lain pun sedap-sedap. Gambar makanan takde. Malu nak ambil hehe..

Best juga makan di sini sebab ada show ikut kebudayaan. Mula-mula intro lagu instrumental winter sonata oleh seorang lelaki berbangsa cina kalau tak silap. Lepas tu dia nyanyi. Sedap suaranya. Kemudian dituruti dengan tarian melayu, india dan cina. Bersambung lagi tarian dari Sabah Sarawak. Ada panggil tetamu menari bersama dan cuba meniup serumpit (Sarawak) pecahkan belon. Akhir sekali tetamu berpeluang ambil gambar bersama penari. Iman nak juga. Jadi kami pun ambil peluang bergambar. Persembahan dalam satu jam. Mula pukul 8-9 malam. Puashati la..

Buffet sampai pukul 10:30 malam. Tapi pukul 9 kami dah gerak balik. Oh ya harga buffet untuk dinner RM45 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak. Sudah termasuk GST.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...