بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 2 Februari 2016

Tiles waterproof coating

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami pasang waterproof coating untuk tiles dalam bilik air. Ternampak diorang ni kempen dalam pasaraya dan rasa tertarik sebab tiles lama jenis cepat berkeladak / kotor. Sebab bukan jenis berkilat.

Cuma call je nombor dalam flyers dan set temujanji. Nanti dia datang rumah buat terus. Satu bilik air ambil masa 3 jam. So dua jadi 6 jam. Datang pagi pukul 10 siap pukul 4 petang. Lama sebab lepas kasarkan permukaan tiles asal. Dia basuh dan kena keringkan semula tiles. Proses nak tunggu kering tu yang lama. Dia guna mesin pengering. Macam yang biasa kita tengok dalam tandas awam. Sembur angin.

Harga RM750 untuk tandas saiz 8 x 5 kaki (satu warna pasir). Jika 2 warna / bercorak RM950.

Kalau ada sabun licin juga. Boleh request nak kasar atau halus. Kami punya tak kasar sangat. Dah siap baru dia cakap. Apa pun ok la.. tak perlu pecah tiles kalau nak tukar tiles baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...