بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 23 Disember 2016

Hari graduasi tadika Iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah tamat sudah sessi pra sekolah Iman di Little Caliphs. Majlis graduasinya berlangsung di Hotel Gold Course, Klang pada sebelah malam.

Banyak persembahan daripada pelajar. Kagum lihat keberanian dan semangat mereka di atas pentas. Majlis habis agak lewat hampir 12 malam. Owner LC ni ada 3 cawangan. Jadi panjang sedikit masa.

Seronok tengok Iman di atas pentas. Semangat sungguh.. semoga Iman terus bersemangat dalam menimba ilmu dan mendapat keredhaan Allah serta dipermudahkan pemahaman dalam pelajaran. InshaaAllah.. Aamiin.

Hari terakhir di Little Caliphs

Assalamualaikum

Gambar kenangan hari terakhir Iman di sekolah. Kami bagi cenderahati kepada semua teacher di LC sebagai tanda terima kasih kerana mendidik Iman dengan baik.

Untuk teacher Ayu (Iman peluk)... Iman tulis nota atas kertas yang dia gunting. Semua dia buat sendiri. Kalau tau Iman nak tulis something saya belikan dia kad.

Isnin, 7 November 2016

PJ Palm Sports Centre

Assalamualaikum

Minggu lepas bawa Iman mandi kolam di PJ Palm Sports Centre yang terletak di Petaling Jaya berhadapan dengan Menara Ambank / Amcorp Mall.

Ada bayaran yang dikenakan. Boleh tengok dalam gambar di bawah. Tetapi tiada had masa. Tempatnya ok.. bersih. Ada buat kelas renang dan scuba di situ. Seronok juga la Iman mandi sampai kecut-kecut jari..

Hari meraikan pengantin dan tetamu

Assalamualaikum

Semalam merupakan hari meraikan pengantin dan tetamu serta keluarga buat anak sulung (k.long) abang AI. Majlis gabungan pengantin perempuan dan lelaki.

Tahniah buat mereka sekali lagi. Moga rumahtangga sentiasa di dalam keberkatan Allah.

Ahad, 30 Oktober 2016

Gigi Iman yang pertama tercabut

Assalamualaikum

Gigi pertama Iman yang dah tercabut. Asalnya terlanggar besi cabinet tv. Goyang dua-dua gigi bahagian bawah. Tapi biasalah.. takut nak cabut. Sampai nangis. Jadi saya biarkan sahaja. Akhirnya tercabut sendiri di sekolah. Gigi baru dah pun mula tumbuh. Tapi tak cantik sebab tumbuh di belakang. Besar pula tu. Senget sedikit.. sebelahnya baru sahaja tercabut.

Kedua-duanya di sekolah... memang nak tertanggal di sekolah nampak gayanya :-)

Majlis nikah anak saudara perempuan AI

Assalamualaikum

Alhamdulillah anak saudara AI sudah pun selamat bernikah pada awal bulan Oktober 2016. Majlis persandingan akan berlansung pada 6 November ini.

Tahniah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Pantai Morib

Assalamualaikum

Imbas kembali aktiviti hujung minggu. Kali ni di pantai Morib, Banting pula. Masa ni air laut berombak. Paras air pun tinggi. Cantik sungguh pemandangan waktu senja.

#minatambilgambarpemandangan

Pantai jeram

Assalamualaikum

Imbas kembali.. aktiviti hujung minggu. Mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah di pantai jeram.

Ummi Iman dah 40 tahun

Assalamualaikum

Hari raya haji baru ni, AI beli kek untuk sambut raya dan ulangtahun kelahiran saya sekali (in advance.. awal sehari). Terharu juga lihat apa yang tertulis di atas kek sebab rasanya saya belum capai lagi ke tahap tu. Apa pun terima kasih.. saya cuba jadi lebih baik.

Alhamdulillah syukur masih diberi ruang dan peluang hingga ke umur ini oleh Allah. Semoga Allah panjangkan usia dalam rahmat dan keberkatan dariNya. Aamiin.

Selasa, 27 September 2016

Hari Sukan sekolah Iman 2016

Assalamualaikum

Gambar-gambar hari sukan sekolah Iman di Dewan MPK Taman Sri Andalas, Klang. Tahun ni masih sama rumah purple. Jimat duit tak perlu beli baju sukan lagi. Memang macam tu. Siapa masuk awal.. 4 tahun la rumah sama hehe. Setia namanya.

Hari sukan tu.. terharu pula bila nama Iman di sebut. Sebat dia antara yang terlibat pegang bendera upacara pembukaan. Terkejut juga sebab dia tak cakap apa-apa. Tapi kelakar.. tidur lewat.. bangun pagi. Nampak dia menguap banyak kali. Dengar orang berucap.. mengantuk hehe.

Tahun ni ummi dia juga yang lari walau AI ada. Alasan AI sakit kaki... ermmm. Tahun ni untuk acara yang kami masuk tu, rumah purple dapat no. 2. Tahun sebelumnya no. 1. Turun satu tangga. Yang penting semangat kesukanan tu ada hehe. Sekarang dah ada 2 medals. Simpan untuk kenangan.