بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 27 Disember 2015

Gembirakan anak-anak di Setia City Mall

Assalamualaikum

Semalam lepas makan kenduri dengan kawan. Kawan ajak join famili dia main bowling. Bertahun-tahun tak main. Semalam main. Seronok juga. Tapi iman meragam. Lepas ummi main bawa iman pula main. Terjumpa pula adik kat situ. Ada la kawan iman main.

Puas main taman. Masuk dalam nampak pula mainan pusing-pusing tu. Bagi diorang naik tu pula. Lama juga pusing. Puashati la bayar rm5 seorang.

Cuci mata tengok barang di ikea damansara

Assalamualaikum

Baru-baru ni pergi lagi ikea damansara. Nak beli tempat letak barang sebelah mesin basuh. Banyak sangat barang. Sebelum ni letak atas para di situ. Buka para letak rak besi pula. Warna merah. Sebab plan nak buat kitchen cabinet warna merah.

Pergi dengan mak.. mak beli almari putih tu. Dah beli macam biasa pening nak pasang haha. Seronok pergi ikea. Cari idea dan release tension hehe. Now dah ada kad member. Dulu tak hairan. Sekarang ni baru nak buat. Boleh la tiap kali datang dapat kopi free :-).

Selasa, 22 Disember 2015

Cover handphone Huawei Ascend G7 order dari Lazada

Assalamualaikum

Baru-baru ni beli handphone baru. Sebab handphone lama suka hang. Line pun kadang takde bila di rumah. Jadi ambil peluang tukar yang baru. Ala cakap je la nak yang baru kan hehe. Mulanya nak beli brand sama. Tapi bila dengar yang jual handphone tu kata brand tu dah lama mesti hang. Jadi saya pun tukar ambil brand Huawei. Sebelum ni pernah guna broadband brand ni. Puashati. Lebih 5 tahun masih elok.

Huawei Ascend G7 ni masih baru lagi. Jadi full cover yang macam dalam gambar ni tiada di kedai. Saya suka cover getah penuh macam tu. Ada penutup bermagnet. Selamat jika jatuh. Maka lepas tengok dalam Lazada ada. Saya terus order. Harga murah je RM30. Tiada charge penghantaran. Cuma shipping tu ambil masa sikit. Rasanya 2 minggu baru dapat. Barang import dari China. Ok la jika tengok di Lazada ambil masa sebulan. Guna khidmat pos laju.

Quality cover ok la. Kena guna lama baru tau tahan ke tak.

Mini reunion ex-sktg 1988

Assalamualaikum

Baru-baru ni kawan sekolah rendah sktg @ sekolah kebangsaan telok gong create group whatsapp. Alhamdulillah ramai yang jumpa balik. Berderu-deru masuk mesej. Maklumlah ada yang dah lama tak dengar berita.

Baru je create group terus ada yang plan ajak jumpa. Pelawaan mengejut. Maka mana yang dekat dan free tak lepaskan peluang untung berjumpa. Kecoh secret recipe :-). Mujur tak ramai orang masa tu. Tak sangka ramai juga dapat jumpa balik. Setiap hari ada ahli baru. Kami tinggal satu kampung. Jadi masa sekolah selalu la jalan rumah kawan-kawan. Bila jumpa balik rasa seronok.

Alhamdulillah makin ramai kawan :-)

Khamis, 17 Disember 2015

Parkland Garden nursery pokok dan hiasan taman Klang

Assalamualaikum

Baru nak buat entri ni. Dah janji dengan uncle tu untuk hebahkan bisnes dia sebelum ni. Banyak kali juga datang nursery pokok dan hiasan taman uncle ni yang terletak di jalan nak menghala ke sijangkang. Ada dua nursery di situ. Uncle ni punya yang depan sikit lagi. Nama nursery Parkland Garden. Berdepan dengan bandar Parkland.

Saya rasa murah tempat dia. Biasa beli pasu, tanah dan ada tempah pangkin dengan dia. Ada buat kerusi dan gazebo juga. Buai pun ada. Baik uncle ni.

M Suites Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum

Kisah pertama kali bermalam di M Suites Hotel Johor Bahru pada 11 - 13 September 2015 baru ni. Tertarik nak bermalam di sini sebab lokasinya berhampiran dengan laluan ke Singapura dan terletak berhampiran bandar. Hajat nak masuk ke Singapura buat kali kedua untuk saya tapi tak kesampaian sebab faktor masa dan passport dah nak expired. Tarikan kedua kerana kolam mandinya yang ada gelongsor. Tapi saya tak dapat nak join sebab 'uzur'.

Kami pergi berlima. Kami tiga beranak, mak serta adik bongsu perempuan. Saya booking two bedroom suite. Harga dua malam RM700 lebih. Macam biasa guna khidmat booking.com. Besar biliknya. Ruang rehat di tengah-tengah pun luas. Kalau datang dengan famili yang besar memang selesa. Sarapan pagi ok la. Menu utama pastinya nasi lemak. Lauknya boleh tahan juga.

Bawah ni address dengan nombor telefon. Mana la tau emergency tak sempat nak booking online.
Address: Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-221 1000

Malam tu kami makan di medan selera hentian tebrau. Ada ikan bakar. AI tanya pekerja hotel mana yang sedap. Dia cadangkan kami ke situ. Alhamdulillah memang sedap. Saya mulanya tak mau makan sebab dah kenyang. Tengok nampak selera. Makan juga akhirnya.. air asam dan kuah kicapnya memang sedap. Berebut kami makan. Menu lain pun sedap. Puashati mencuba.

Rabu, 16 Disember 2015

Tempered glass screen protector

Assalamualaikum

Baru ni saya beli handphone baru. Handphone lama dah agak slow. Brand S memang macam tu ke bila dah lama guna. Yang baru beli brand Huawei. Nak beli cover penuh tutup depan belakang takde pula. Jadi masa beli ternampak screen protector ada tulis tempered glass. So tukar yang tu kena tambah RM20. Kalau yang biasa free je. Harga asal RM30.

Baru ni masa turun kereta alphard kawan, handphone terjatuh. Sebab lupa letak atas riba. Jatuh pula terlangkup. Dalam hati habis la. Bagitau kereta kawan tu bukan apa. Kereta tu kan tinggi. Bila ambil tengok retak. Tapi handphone masih elok. Mulanya memang ingat dah retak la screen hp. Tiba-tiba rasa nak buka pula screen protector. Lepas buka alhamdulillah. Takde apa-apa pun pada screen. Yang retak tempered glass tu je. Cuma calar sikit body hp belah bawah.

Semalam pergi kedai tukar tempered glass yang baru dengan cover getah. Kalau cover original plastik keras. Kalau tukar awal takde masalah rasanya. Tunggu full cover order dari Lazada tak dapat-dapat lagi.

Selasa, 15 Disember 2015

Angry Birds Activity Park Johor Bahru

Assalamualaikum

Cerita lama juga.. bawa iman pergi Angry Birds Park yang terletak di tingkat 3 bangunan Komtar Johor Bahru. AI dan Iman je masuk. Saya, mak dan adik tunggu di luar. Tak sesuai pun nak masuk ramai-ramai. Sebab dalam ni memang khas aktiviti untuk kanak-kanak. Macam taman permainan. Harga tiket pun tak ingat dah :-).

Bayou Lagoon Resort Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum

Cerita lama beberapa bulan yang lepas. Kami bermalam di Bayou Lagoon Resort yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Ambil kesempatan mandi manda sebelum pergi kenduri kahwin esok harinya.

Saya tempah 2 bilik. Satu untuk kami, satu lagi untuk adik-adik. Kami studio room. Adik-adik apartment dua bilik. Besar biliknya. Luas. Boleh tengok dalam website booking.com.

Cuma breakfast tak berapa sedap dan tak banyak pilihan. Yang penting puas mandi manda. Tempat mandi luas. Untuk kanak ada gelungsur. Tempat dewasa ada dua gelungsur. Yang lurus tiga dan yang pusing-pusing dua. Tak banyak ambil gambar sebab masing-masing sibuk main air.