بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 November 2015

Go Shop Kloken Spin Mop set

Assalamualaikum

Sambungan shopping online dengan Go Shop lagi. Bukan satu barang tapi dua barang sekali beli. Mulanya nampak iklan mop ni dulu. Tapi tahan nafsu. Lepas tengok iklan vacuum memang dah tak tahan. Tu yang order sekali dua. Macam biasa Iman pun tergoda. Suruh ummi dia beli.

Mop boleh pusing-pusing. Bersihkan pusing. Nak keringkan pun pusing. Boleh bengkokkan batang mop pula tu. Kainnya memang rasa bersih lepas mop. Boleh tukar-tukar kainnya. Masa beli dapat free 2 kain mop. Dapat free lagi penyapu kain fibre dan extra lagi satu kain. Seronok juga sapu guna kain. Rasa lebih bersih.

Lepas beli baru perasan. Ada banyak brand lain di luar sana. Tapi kualiti, saya rasa ini lebih baik. Harga pun tak jauh beza kalau dicampur dengan barang-barang percuma yang lain. Harga set ni RM149.

Go Shop Shimono Vacuum Clean

Assalamualaikum

Bila dah ada njoi. Terbuka pula siaran Go Shop. Tertengok pula barang yang menarik. Memang tergoda. Iman pun turut tergoda juga hehe. "Umi beli ni mi". Bukan mak mak tapi anak-anak pun tergoda. Apalagi call je talian bebas free Go Shop 1800-82-0088 dan order. Bayaran di buat semasa penghantaran. Guna credit card pun boleh. Tiada charge penghantaran. Harga vacuum RM199.

Sebab nak beli. Rasa lebih mudah nak buat kerja. Kecil dan sedutannya kuat. Habuk halus-halus pun boleh sedut. Dah macam iklan pula. Goda orang suruh beli hehe. Ni iklan tak berbayar namanya. Dah ada vacuum ni. Mood vacuum lebih rajin. Sebab kecil dan mudah.

Jumaat, 13 November 2015

Astro njoi tak perlu bayar bulan-bulan

Assalamualaikum

Dalam beberapa bulan lepas kami terpaksa juga pasang piring astro disebabkan arial tv yang sedia ada tak mampu lagi terangkan tv kami ;-).

Sebenarnya saya mula tahu tentang astro njoi ni dari anak saudara AI. Dia cadang pada ma tok dia untuk pasang astro njoi bagi perjelaskan skrin tv. Katanya bayar sekali je seumur hidup. Mulanya macam tak percaya juga.

Bila dah tahu astro njoi bayar sekali seumur hidup. Maka memang tiada pilihan lain bagi kami untuk terangkan tv kami. Ini je la caranya untuk selesaikan masalah.

Puas cari tempat untuk daftar. Masa pergi Giant nak bayar ternampak pula depan tu ada pendaftaran astro. Terus saya tanya dan daftar di situ. Bayaran akan dibuat lepas diorang datang pasang. Harga untuk pasang astro njoi RM428. Siapa yang pasang awal untung la sebab harga promosi murah lagi.

Bukan setakat tv dah terang. Tapi ada juga siaran astro yang dapat di tonton percuma seperti saluran Prima, Oasis, Maya HD, TVi, Bernama TV, Tutor tv UPSR, PT3, SPM, Go Asean, radio channel, saluran chinese dan india. Banyak jugakan. Kami jarang tengok tv sebenarnya. Jadi sesiapa yang nak tv terang tanpa bayar bulan-bulan. Boleh la pasang astro njoi ni.

Astro njoi ada sediakan perkhidmatan top up untuk langgan siaran yang tiada. Cuma beli kad top up untuk melanggan. Siaran boleh dibeli mengikut harga tempoh langganan.

Selasa, 10 November 2015

Recycle Furniture Warehouse Melaka

Assalamualaikum

Aktiviti mencari tempat menjual perabot kayu. Kali ni di Melaka. AI jumpa dalam website http://www.melakapages.com/recycle-furniture/. Ada dua tempat kami singgah. Memang cantik perabotnya. Ada kualiti. Nak tahu lanjut boleh tengok dalam website kedai tersebut.

Ramai orang dari luar Melaka datang beli barang di sini. Harga berpatutan. Memang ada juga yang berkenan.

7 Eleven RM1 deals

Assalamualaikum

Rezeki pada yang dapat. Selamat mencuba :-)

Sabtu, 7 November 2015

Bayview Hotel Melaka

Assalamualaikum

Memenuhi permintaan Iman. Tidur hotel. Nak mandi swimming pool lagi. Kali ni saya pilih Bayview Hotel yang terletak di Jalan Bendahara, Melaka. Berhampiran kawasan bandar. Sampai dah malam. Banyak sangat urusan siangnya.

Hotel ni ok la selesa juga sebab besar. Banyak kemudahan. Selain swimming pool ada mini gym berdekatan ruang breakfast yang terletak di tingkat 4. Cumanya hotel under renovations. Car park hanya ada ditingkat 2&3. Sarapan pagi banyak pilihan. Ada kuih muih. Cuma hidangan utama nasi lemak dan mee goreng tak berapa sedap.

Memang puas la Iman mandi dalam pool sebab dia mandi hampir pukul 11 pagi. Makanya seorang je la tinggal.

Rabu, 4 November 2015

Kali pertama masuk wad

Assalamualaikum

Pengalaman pertama Iman masuk wad gara-gara kencing kotor. Kecil-kecil kena kencing kotor. Dua hari dia sakit buang air kecil terutama waktu pagi. Belah petang dia ok. Pergi klinik doktor bagi ubat ural. Esoknya masih tak ok. Bangun tidur nak buang air nangis sakit. Yang saya risau ada darah.

Tak puashati terus bawa hospital pantai. Doktor tanya nak makan ubat di rumah atau masuk wad. Saya tanya mana yang cepat. Doktor cakap masuk wad. Diorang masuk air dan antibiotik. Dua malam juga duduk wad. Iman boring. Asyik nak balik je. Jadi minta doktor balik Ahad juga. Sebab doktor suruh tunggu satu hari lagi.

Masa tu Iman dah ok. Cuma nak kencing macam susah sikit. Tapi takde dah darah. Sambung lagi antibiotik seminggu kat rumah. Ada follow up jumpa doktor. Lepas dua kali appointment. Doktor cakap nampak dah ok. Kalau ada masalah bawa hospital semula. Alhamdulillah tiada apa-apa dah setakat ni.

Pengalaman cucuk jarum ditangan. Saya tak bagi Iman tengok. Masa cucuk tu menjerit juga dia. Bila dah siap dia ok. Boleh puji doktor Ganesha (paed) cucuk jarum untuk drip. Masa buka memang tiada kesan langsung.

*Gambar tengah tunggu bill nak check out.

Ahad, 1 November 2015

Little Caliph presentation

Assalamualaikum

Aktiviti luar sekolah Iman dalam bulan ni yang dibuat dalam Tesco pada hari Sabtu bermula 2:30 - 4:30 petang. Aktiviti mengikut kelas dan apa yang telah dipelajari. Kelas Iman baca surah al-kafirun dan nyanyi lagu yang di ajar di sekolah. Ibubapa anak yang cepat belajar di ajak naik atas pentas untuk memberikan sedikit kata-kata tentang pencapaian anak.

Macam saya sendiri memang dapat lihat minat Iman untuk menghafal surah-surah lazim. Ayat kursi pun dah mula hafal. Ada yang dah lancar dan ada yang masih belum lancar.