بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Oktober 2015

Premier Hotel Bukit Tinggi Klang

Assalamualaikum

Minggu lepas kami bermalam di Premier Hotel yang terletak di Bukit Tinggi Klang. Tunai hajat Iman nak tidur hotel. Sekarang ni asyik request nak tidur hotel je. Seronok ada swimming pool. Tapi semasa tidur di sini.. swimming pool pun tak pergi. Jerebu kan.. lagipun check in lewat malam.

Esoknya tengahari terus check out. Tak ambil breakfast pun di sini. Sebab booking guna booking.com.Memang takde termasuk breakfast. Masa check in tanya. Diorang cakap memang online takde breakfast. Yang sedihnya booking online dengan walk in lebih murah walk in. Ermmm...

Orchid Bistro Jusco Bukit Raja

Assalamualaikum

Kali ketiga saya datang makan di sini. Kali ketiga bersama AI. Pertama dan kedua bersama kawan sekolah rendah. Orchid bistro ni terletak sebelah food court di tingkat 1. Makanannya sedap juga. Owner chinese rasanya. Tapi ada sijil halal jakim besar di situ.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Projek cambah kacang hijau jadi taugeh dan pokok

Assalamualaikum

Projek cambah kacang hijau sekolah Iman. Masa ambil balik dari sekolah Iman terus tunjuk pasu kecil yg dalamnya ada kapas basah dan kacang hijau. Tapi umminya terlupa. Sampaila esoknya iman keluarkan. Ada satu biji kacang dah jadi taugeh. Mujur tak rosak dalam hati cakap. Sebab letak dalam plastik.

Lepas keluarkan dari plastik. Saya basahkan kapas dengan air. Harapnya menjadi la pokok taugeh. Alhamdulillah nampaknya berhasil dan makin besar jadi anak pokok. Suka Iman tengok.