بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 September 2015

Perkahwinan sepupu di Masjid Tanah

Assalamualaikum

Dalam dua minggu lepas kami pergi ke majlis perkahwinan sepupu di Bukit Apit, Masjid Tanah, Melaka. Sepupu saya yang lelaki. Anak kepada adik lelaki arwah abah.

Majlis hari Ahad. Malam Jumaat dah sampai. Tidur di Alor Gajah. Esoknya kami check in Bayou Lagoon Park Resort di Bukit Katil. Jauh juga nak ke rumah pengantin. Memang plan nak mandi manda. Bawa anak saudara dan iman sempena cuti sekolah. Yang ni cerita kemudian ;-).

Throwback merisik dan bertunang anak saudara AI

Assalamualaikum

Cerita lama untuk simpanan dan kenangan. Berblog mana sempat tak kira masa hehe. Ini kisah Nurain anak kepada abang AI yang sulung. Kisah merisik dan bertunang.