بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 26 Ogos 2015

Keropok lekor lembut dan sedap

Assalamualaikum

Hari tu pergi kedai Ramli Burger yang terletak berhampiran Klang Central. Jalan nak ke Meru. Saja cari bahan makanan untuk stok. Beli burger ikan, roti burger, maka macam-macam lagi terbeli ;-).

Antara yang menarik nak bagitau. Keropok lekor yang ada di situ memang sedap. Lembut dan tak rasa gatal. Biar lama atau dah sejuk pun masih lembut lagi. Kalau makan memang tak sedar. Sebab sedap.

Di sini ada juga jual kambing import seekor. Boleh buat kambing golek. Kawan beli hari tu. Murah sangat harganya. Kalau nak tau boleh tanya. Bagitau sini. Kalau ada perubahan nanti. Salah info pula.

Khamis, 20 Ogos 2015

Mee Tarik Warisan Asli Padang Jawa

Assalamualaikum

Ni cerita pertama kali kami pergi makan di kedai Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Padang Jawa. Dah lama berhajat nak mencuba. Baru-baru ni masa AI ada kami berpeluang akhirnya datang ke kedai ni.

Kedainya mudah je. Kalau kami dari Pelabuhan Klang ni. Ikut faderal. Kiri ke Seksyen 7 Shah Alam. Kanan ke Padang Jawa. Masuk situ jumpa traffic light. Nampaklah kedainya warna hijau betul-betul mengadap jalan sebelah RHB bank. Kena explain sebab gambar kedai takde hehe. Datang malam.. gelap ;-).

Tengok menu menarik sungguh. Orang makin daging best la banyak pilihan. Kami pilih menu yang gambarnya paling besar. Dalam hati cakap mesti gambar besar ni hot menu. Pandai-pandai je.

Tengok la menu yang di order tu. AI nasi daging dengan sayur yang dah lupa nama. Tapi sedap sayur tu. Rangup dan rasa manis2 sikit. Saya order mee sup sayur je. Iman mee dah lupa nama. Ada kentang. Semuanya bagi saya sedap. Meenya memang sedap dan lembut.

Lepas pergi dengan AI saya pergi dengan kawan pula. Teringin.. masa tu saya order nasi dengan ayam. Not bad. Kenyang la makan. Portion pun banyak.

Rabu, 19 Ogos 2015

Kenangan raya 2015

Assalamualaikum

Dah habis raya baru nak update ;-). Biasa la.. masa sangat cemburu dengan saya sekarang ni. Tahun ni tak banyak gambar raya. Nak ambil gambar pun tak sempat. Yang ada ni pun ehsan keluarga hehe. Yang saya ambil gambar kami bertiga tu je. Itu pun sempat sebab dalam kereta takde apa nak buat :-).

Gambar terakhir tu bersama rakan kolej yang menetap di Kelantan. Lama tak jumpa. Sempat singgah rumah dia sebelum balik.

Tatapan buat kenangan..

Pertama kali buat kuih onde-onde

Assalamualaikum

Pertama kali buat kuih onde-onde / buah melaka bulan puasa baru ni. Ada nama lain lagi ke?. Alkisah teringin nak makan. Telefon mak tanya resepi. Senang je mak saya cakap tepung pulut campur tepung gandum sikit, letak garam dan air sikit.

Maka terus la buat. Air daun pandan mak saya tak cakap sebab dia tau yang saya dah tau tu hehe. Saya buat sikit je. Maklumla berdua dengan Iman je masa tu. Saya main agak-agak je. Daun pandan saya blend dengan air campur garam sekali. Senangkan.

Alhamdulillah hasilnya sedap dan lembut sangat. Tak liat. Tak sangka pandai haha. Sebab ikhlas dan semangat nak buat mesti jadikan. Cuma warna pandan je tak berapa nak hijau. Padahal 3 helai dah tu blend. Tepung satu gelas je.. tapi hasilnya banyak juga la sebab buat comel-comel. Puas la makan sampai kembung perut. Ermm.. memang tak tahan dengan pulut.

Selasa, 18 Ogos 2015

Minat spiderman pula

Assalamualaikum

Budak manja sorang ni sekarang ni minat Spiderman. Macamana boleh terpengaruh pun tak tau la. Ummi dia kadang-kadang hairan juga. Tengok tv pun jarang.

Alkisah pergi GM Klang bulan puasa baru ni nak cari wallpaper. Nak tampal dinding yang dah meresap.air. Tanya kontraktor dia kata kena pecah. Biasanya paip air dah bocor. Ermm leceh la.. sementara saya tampal dulu :-).

Lari topik. Masa beli wallpaper saya ternampak lapik tilam. Terus la berkenan dan beli. Iman pula. Umi nak ni.. spiderman. Hah spiderman. Bayangkan benda tu berlipat dalam plastik bersusun-susun boleh dia tau tu gambar spiderman. Saya pun tahu. Cina tu pun hairan. Maka bertambahlah kos pembelian hehe. Mujur boleh pakai kad bank.

Ayah iman pun layan anak dia. Beli baju spiderman. Beli kat Dubai. Murah sikit kat sana.

Pintu bilik air bifold / lipat

Assalamualaikum

Dah lama nak pasang pintu bilik air bifold / lipat ni. Dah agak lama juga la pasang pintu ni sebab pintu yang lama dah rosak. Puas juga cari kedai yang boleh buat. Masa lalu di Pandamaran ternampak kedai cermin ada letak sample pintu bifold ni di luar. Terus tanya harga dan suruh datang ukur.

Design untuk pintu ni semuanya biasa je. Saya cari design yang paling simple dan sesuai dengan tema yang ada. Diorang ni pun tempah di kilang. Cuma diorang tolong ukur dan pasang. Kalau pandai pasang sendiri lagi jimat.

Pintu ni ada gred. Kalau yang betul-betul bagus rm800 ke atas. Saya pilih yang tengah rm550 siap pasang. Beli dua. Jadi dapat la kurang sikit. Memang ada yang murah lagi tapi biar la beli yang tahan lama. Boleh nampak beza besinya tebal sikit.