بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 Jun 2015

Ostrich Farm Port Dickson

Assalamualaikum

Sambungan kisah ke Port Dickson lagi. Keesokkan harinya (Ahad), sebelum balik saya bawa Iman ke Ostrich Farm. Kawasannya tidak la besar mana. Tapi banyak ostrich. Harga tiket boleh tahan juga. Selain ostrich ada binatang lain juga di situ. Boleh tengok di dalam gambar di bawah.

Lama juga di sini. Seronok bagi ostrich makan rumput. Rumput tu macam biasa kena bayar. Dalam tempat ni ada jual satay ostrich dan telur ostrich. Kami tak beli sebab tengok yang menjual cina dan india. Menurut orang melayu yang kerja di situ. Daging ostrich tu di beli dari ladang ternakan ostrich di kawasan negeri sembilan. Lupa nama tempatnya.

Ok la.. seronok sebab dapat tengok ostrich je.. yang lain biasa je.

Isnin, 29 Jun 2015

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Assalamualaikum

Sambung dari entri pergi Port Dickson. Lepas check in kami terus cari tempat makan. Keluar dari hotel Paradise Spa tu, saya pilih arah kanan (kena u turn). Lalu sambil tengok-tengok kedai makan. Ternampak signboard Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. Saya pun ikut arah signboard. Tak jauh dari hotel.

Bila sampai menarik juga tengok. Banyak kedai ikan bakar di situ. Kami pilih D'terapung sebab dekat laut. Boleh tengok laut yang cantik warna airnya.

Macam biasa pilih seafood apa yang kita nak. Tak fresh sangat sebab bukan baru naik dari laut. Dia pun bagitau. Semalam punya. Tapi masih ok la tengok. Jadi teruskan memilih. Kami pilih ikan tak ingat nama ;-) untuk bakar, ketam masam manis, kangkung goreng, telur dadar. Simple je. Makan petang. Tapi kenyang juga masing-masing. Sebab sedap. Air asam dan sambal kicap untuk ikan bakar memang sedap.

Ahad, 21 Jun 2015

Tempah gambar atas kek birthday Iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam genap Iman 5 tahun. Ini merupakan pertama kali tempah kek dengan kawan. Biasa beli yang dah siap. Kek tempah dengan kawan sekolah rendah merangkap jiran. Dekat senang sikit. Saya tempah kek red velvet.

Sebelum tempah saya tanya tentang gambar atas kek. Berapa harganya. Dia kata mahal. Jadi saya google dan akhirnya jumpa yang murah dan dekat. Saya ambil sendiri. Dekat je di seksyen 7 Shah Alam. Sebenarnya boleh pos tapi saya takut tiada di rumah kena collect di pejabat pos jadi lewat pula. Kos sekeping saiz A4 Rm15. Kos pos Rm5. Saya tempah saiz 7 inci. Ada free untuk cupcake 8 keping.

Gambar yang ditempah ni tak sama macam di kedai. Liat. Yang ni lembut. Boleh potong guna pisau kek. Rasa pun sedap. Yang penting orang islam. Dah tentu halal. Berminat boleh masuk website nurul edible image untuk tempah. Hantar gambar sendiri pun boleh. Klik link > http://www.edibleimage.com.my. Mana tau beli kek secret recipe atau buat sendiri lepas tu boleh letak atas kek :-).

Gambar-gambar di bawah ihsan kawan dan adik. Gambar cupcake takde di sini. Sebab masa nak potong dah simpan. Saya ambil guna dslr. Update guna handphone memang tak dapat la nak masukkan gambar. Adik-adik, mak dan mak long saya berbuka di rumah. Potong kek lepas makan nasi dan solat.

Selasa, 16 Jun 2015

Kerjatangan sekolah hari ni

Assalamualaikum

Cepat-cepat update sebelum mood malas melanda :-D. Hari ni ambil Iman balik sekolah pegang benda yang dalam gambar tu.

Apa ni? Senyap je tak berjawab :-). Macam biasa ummi dia kena fikir sendiri. Macam piala (cup). Ada tulis i ♥ Ayah. Hari ayah ke?

Dah tunjuk pada AI. Seronok AI tengok. Tapi rasanya dia tak tahu pun 'hari ayah' tu... sama la kita ;-). Kami ni memang jarang sambut menyambut melainkan birthday Iman dan anak saudara je. Selebihnya memang selalu memberi walau tiada hari istimewa pun :-).

Hasil kerjatangan Iman memang wajib simpan dalam blog. Bila Iman besar dapat tengok balik.

Isnin, 15 Jun 2015

Back to school

Assalamualaikum

Hari ni Iman dah mula sekolah kembali. Macam biasa sedih nak pergi sekolah. Tapi bila dah sampai dia ok je.. memang selalu macam tu. Mood sedih-sedih nak berpisah dengan ummi dia.

Sekarang ni tiada masa sungguh nak mengarang. Banyak nak cerita tapi memang sibuk dengan hal lain. Sibuk dengan whatsapp pun ya kadang tu hehe. Maaf la tak sempat singgah blog kawan-kawan. Blog sendiri pun tak sempat nak buka :-(.

Sebenarnya nak update gambar tulisan tangan Iman. Ummi memang jarang sangat la ajar menulis. Ini adalah hasil pergi ke sekolah hehe. Kalau tau.. hantar awal pun takpe ke sekolah. Sebab sekolah Iman ni dia ajar yang berbeza setiap tahun. Jadi takde la isu ulang benda yang sama. Malah makin banyak ilmu yang dia dapat terutamanya hafazan muqaddam.

Teruja tengok Iman menulis. Pandai cikgu ajar. Terima kasih cikgu :-).

Isnin, 8 Jun 2015

Paradise Spa Hotel Port Dickson

Assalamualaikum

Cuti sekolah yang lepas saya, iman, mak, acik dan mar kawan kolej bercuti di Port Dickson. Saja bawa iman jalan-jalan. Rombongan sekolah dia tak pergi. Sebab ummi tak bagi + iman yang tak boleh berenggang. Takut dah bayar tak mau naik bas pula.

Macam biasa cari tempat bercuti dengan google sahaja melalui booking.com. Lepas puashati Paradise Spa Hotel jadi pilihan. Lokasi pun berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik walau bukan betul-betul hampir dengan laut tapi tetap nampak laut ;-).

Lokasi berhampiran glory beach resort dan grand lexis. Depan hotel ada gerai. Pagi ada roti canai. Malam ada masakan panas. Sedap masakannya.

Malam sabtu hari check in. Kami jalan kaki ke glory beach resort nak tengok penyu. Masuk je.. jangan risau tiada larangan ;-). Lepas kagum tengok penyu yang besar dan cantik. Layan iman main di playground. Gambar update kemudian.

Harga bilik termasuk free sauna, jakuzzi dan steambath. Masa check in booking terus kalau nak masuk spa. Nanti penuh kempunan macam kami :-(. Hotel ni pool kat atas bumbung. Cantik dan selesa walau comel je poolnya. Ada mini gim dekat kawasan pool. Sarapan pagi ok jugala banyak pilihan.

Pergi jalan ke mana lagi di PD. Nanti saya update.