بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 30 Mei 2015

Adidas mid year bazaar

Assalamualaikum

Nak cari kasut sukan?. Boleh pergi ke mid year bazaar Adidas di Viva expo hall jalan loke yew, Kuala Lumpur.

Rabu, 27 Mei 2015

Program di Putrajaya 2015

Assalamualaikum

Berikut aktiviti-aktiviti / program yang berlansung di Putrajaya sepanjang 2015. 1hb Jun bermula cuti sekolah. Mesti dah rancang percutian dengan keluargakan. Bila anak dah sekolah baru rasa betapa hari cuti sekolah tu begitu berharga ;-).

28-31hb May : magic of the night

31-7hb June : flower & garden festival

Kursus pengurusan jenazah

Assalamualaikum

Cerita sudah agak lama. Kursus pengurusan jenazah ini merupakan aktiviti dari group rakan sekolah menengah saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lokasi kursus di pejabat senior sekolah kami.

Ustazah yang mengajar dan tunjuk ajar kami merupakan tukang mandi jenazah di hospital besar klang. Sudah 30 tahun berkhidmat di situ. Sementara tunggu yang lain datang. Ustazah tunjuk gambar-gambar mayat yang dia mandikan. Ya Allah. Bayangkan keadaan mayat dari bayi yang dibuang dalam keadaan tak sempurna, mangsa kebakaran, kemalangan, mayat reput dan sebagainya. Tak sanggup nak tengok. Hebat sungguh ustazah dan petugas memandikan jenazah yang lain. Gambar hanya untuk dilihat tak boleh ambil gambar.

Sebelum ajar cara memandikan dan kafankan jenazah. Ustazah bagi sedikit ilmu tentang cara melawat orang yang tengah nazak, ketika nazak dan ketika baru meninggal. Amalan-amalan yang membantu kita ketika meninggal.

Model jenazah kami anak kepada rakan. Semua tak mau jadi model. Malu kena bungkus :-). Mujur sporting anak kawan tu. Ilmu yang dapat ada dicatatkan. Nak buat sendiri rasanya tak mahir lagi. Tapi pengetahuan tu ada.

Ahad, 24 Mei 2015

Bukit Gambang Resort City menarik

Assalamualaikum

AI balik kali ni kami berjalan ke bukit gambang resort city. Masa terhad maklumlah banyak majlis keluarga. Tambah pula iman dah sekolah. Cuma ada hari minggu sahaja untuk berjalan-jalan.

Kami suka cari destinasi yang belum sampai lagi. Jadi lepas saya google saya rasa gambang resort ni paling dekat dan agak menarik untuk diteroka dalam masa yang singkat. Rugi juga.. sebab tak cukup masa nak main air di theme park. Cuma masuk safari adventure je.

Ok.. mula-mula cari tempat tidur. Ada dua pilihan di situ. Caribbean dan Arabian hotel. Sekarang suka tempah bilik melalui booking.com. So, pilih yang murah sikit.. bermalam di Carribbean. Rm260 semalam tak termasuk service tax. Bilik memang besar dan luas. Hotel ni sebelah-sebelah. Ada laluan (jejantas) hubungkan kedua blok. Harga termasuk sarapan pagi. Untuk yang datang dengan famili yang ramai boleh bawa extra toto ;-). Katil double twin bed. Bilik air pun besar. Ok la..

Kami sampai dah malam. Kalau awal sikit boleh masuk safari tengah malam. Malam tu cuma bawa iman main di taman permainan ala-ala fun fair. Seronok iman.. gambar banyak dalam kamera dslr.

Esoknya.. lepas sarapan di ruangan yang luas dan banyak pilihan makanan juga. Kami terus check out dan masuk safari adventure. Harga tiket 40 dewasa 30 kanak-kanak. Kalau tak silap la.. ;-). Masa kami masuk dapat tengok 2 shows. Mula-mula binatang darat ;-). Kemudian burung. Menarik sungguh shownya. Buat kita kagum. Cukup jinak dan cerdik haiwan-haiwannya. Bila panggil dia keluar perkenal diri lepas tu masuk balik ke dalam.

Burung pun sama... untuk show burung ada minta derma. Siapa nak derma lipat duit pegang dan depa kan tangan. Nanti burung terbang dan ambil duit. Kagum lah. Teruja. Dah habis show kita boleh naik stage dan bergambar dengan haiwan-haiwan tu. Tak perlu bayar.

Lepas habis tengok show dan jalan-jalan tengok haiwan di dalam kawasan yang sangat luas dan menarik (tak habis pun jalan semua). Kami naik tram untuk ke safari wildlife pula. Free je.. ambil masa 45 minit. Kita duduk je dalam tu.. ya la bahayakan. Ada tourist guide perempuan cerita tentang haiwan-haiwan yang kita tengok tu. Penyampaiannya menarik dan ada unsur-unsur kelakar. Tidak membosankan. Gambar banyak dalam kamera dslr juga ;-). Bila rajin buka laptop baru update hehe.

Binatang-binatang di sini sihat-sihat belaka. Bersih. Puashati tengok. Dah habis pusing naik tram.. kami pun keluar. 4-5 jam juga. Tak terasa masa. Itupun tak habis jalan. Berpeluh juga la. Keluar dari situ kami makan mee kari di kedai tepi pintu masuk safari. Ok juga la meenya.

Lepas solat (ada surau di situ). Kami pun terus balik. Takut iman penat nak sekolah esoknya. Tadika pun kami tak rajin ajar ponteng kelas ;-).

Siap dua lagi photobook

Assalamualaikum

Sebelum ni ada buat satu photobook khas untuk iman dari usia 60 hari hingga 2 tahun. Sambungan dari situ saya kumpulkan gambar iman dan juga gambar kami bertiga dari umur iman 3 tahun hingga sekarang.

Banyak sangat gambar bersepah-sepah dalam hp, kamera dan ipad. Tak print pun.. takut hilang. Maka terhasil la photobook :-). Buat kenangan iman bila besar nanti. Dia pun seronok tengok. Banyak kenangan.. pakaian, barang mainan, binatang peliharaan dan tempat kami jalan-jalan. Saya lebih suka gambar yang natural / spontan. Apa yang iman buat saya ambil gambar.

Satu photobook rm100. Macam biasa tengok offer. Saya suka satu saiz. Jadi semuanya saiz A4. Boleh muat 200++ gambar.

Perkahwinan sepupu AI

Assalamualaikum

Cerita 2-3 minggu lepas. Sepupu lelaki AI, anak kepada adik perempuan ma selamat nikah dan sanding di Putrajaya. Saya tolong buatkan gubahan untuk barang hantaran. Dah lama sangat tak buat. Ni pun ikut gerak hati je ;-).

1hb Mei nikah di masjid besi. 2hb sanding di dewan percint 7. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ahad, 17 Mei 2015

Projek sekolah hari ibu

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Lama tak update. Tak sempat ;-). Banyak nak cerita sebenarnya hehe.

Mula dengan short story. Dah lupa bila hari sebenar Iman buat projek sekolah untuk hari ibu. Hari dia buat tu saya dengan AI tunggu lama juga dia keluar masa nak balik. Teacher dia bagitau.. tak siap lagi la tu..

Akhirnya tengok dia keluar pegang 'hadiah'. Tapi masuk kereta tak bagi pun ummi dia huhu. Terpaksa la ummi dia perasan sendiri ;-). Ayah dia tanya-tanya dia.. abang buat ke ni..

Jumaat, 1 Mei 2015

Karnival sukan sekolah Iman

Assalamualaikum

Sabtu minggu lepas merupakan karnival sukan sekolah Iman. Kenangan pertama buat kami dan segalanya berjalan lancar.

Upacara bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang. Pagi tu hujan sekejap. Kemudian panas terik. Hangus muka masing-masing. AI tiada masa tu. Jadi saya ajak adik dan anak-anaknya teman untuk memeriahkan suasana.

Dah lama tak bersukan. Hari tu seronok sangat dapat berlari dengan Iman :-). Alhamdulillah group kami rumah warna purple johan untuk acara murid 5 tahun. Tak sia-sia saya lari demi Iman. Sibuk nak hadiah. Bila dapat.. seronok sangat dia.

Memang semangat rumah purple luar biasa hari tu hehe.. rumah paling kuat sorak :-).