بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 20 April 2015

Resepi pancake mudah

Assalamualaikum

Pagi ni dapat idea nak simpan resepi yang di screenshot dalam handphone ke dalam blog bagi mengurangkan bebanan memori handphone ;-).

Memang hobi screenshot ni tapi buatnya tak hehe. Ahli keluarga tak ramai memang kurang semangat sikit. Alasan la tu :-D

Apa pun yang disimpan ni adalah yang menjadi pujaan hati.. akan menyusul lagi yang lain-lain. Hingga habis apa yang di screenshots ;-).

Isnin, 13 April 2015

Aplikasi dropbox mudah untuk simpan gambar

Assalamualaikum

Saya hendak kongsi pengetahuan mengenai aplikasi dropbox untuk mereka yang belum tahu betapa mudah dan selamatnya aplikasi ini.

Saya mula tahu mengenai dropbox bila AI belikan saya iPad. Tapi masa tu saya cuma download aplikasi dan masukkan gambar yang ada di iPad. Ok.. setakat itu sahaja.

Bila saya nak suruh orang buatkan photobook sekali lagi saya gunakan aplikasi dropbox. Maksudnya aplikasi dropbox ini boleh di download ke dalam pc, laptop, iPad, tablet dan handphone selagi kita menggunakan internet. Faham ke?

Aplikasi ini link antara satu sama lain. Macam facebook.. buka di mana-mana keluar benda yang sama. Macam biasa yang baru nak download kena register dulu guna e-mail. Sudah register dah boleh guna. Bolehlah masukkan semua gambar ke dalam tu. Buka laptop. Boleh simpan gambar yang ada dalam tu ke dalam dropbox.. dalam handphone pun sama. Click sahaja gambar dan simpan dalam tu. Nak buat auto save pun boleh. Lihat dibahagian setting. Jangan lupa download aplikasi dropbox dahulu ke dalam handphone anda.

Boleh create seberapa banyak folder. Senang nak cari gambar. Bukan setakat gambar. Video, document pun boleh disimpan. Saya banyak guna untuk simpan gambar. Yang menariknya bila kita simpan gambar, susunan gambar teratur ikut gambar yang kita ambil.

Sangat mudah dan sangat membantu. Gambar-gambar yang ada di dalam tu boleh kita e-mail dan share di mana-mana. Menarikkan. Ok, harap membantu.