بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 31 Mac 2015

Dobi layan diri Adan Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Pertama kali pergi ke kedai dobi layan diri. Bawa mak sebab mesin basuhnya rosak. Jadi saya pun join sekali cuci comforter. Mak yang ajak pergi ke kedai dobi Adan yang terletak di seksyen 7 shah alam. Maklumlah dah pernah pergi situ ;-).

Tempat lain kecil katanya. Di sini besar. Cepat bersih dan puashati katanya. Maklumlah guna mesin basuh electrolux. Mesin basuhnya pun banyak. Mesin keringkan kain pun besar. Sekali pusing rm3. Ada disediakan mesin tukar duit syiling 50 sen di situ.

Kalau emergency boleh la datang sini. Tempatnya pun selesa. Ada ruang lipat kain dan sofa. Owner melayu. Cuma nak bagi nasihat sikit. Bila cuci jangan tak tunggu pula. Tak pun dah tau berapa minit. Datanglah balik cepat-cepat. Orang lain nak guna juga ya.

Kedai dobi ni terletak di kedai barisan belakang Mc Donalds. Mengadap ke lebuhraya persekutuan.

Klinik homeopathy Dr Radziah seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Kalau ada yang tercari-cari klinik homeopathy boleh la pergi ke klinik Dr Radziah yang terletak seksyen 7 Shah Alam (jalan krystal). Berdepan nasi ayam kampung. Buka dari pagi hingga malam.

Saya ada pergi baru-baru ni. Cari ubat selsema dan batuk Iman. Harga ubat semua rm15.

Jumaat, 27 Mac 2015

Lukisan tangan Iman

Assalamualaikum

Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua. Minggu lepas saya sibuk mengemas rumah. Alih perabot. 3 hari juga ambil masa nak siap atas bawah. Alhamdulillah abang iman baik je ;-). Senyap tak tahu apa dia buat. Nampak dia duduk diam tu ok la.

Bila masa nak rehat tu saya kemas kertas-kertas yang dia gunakan. Baru la nampak. Eh pandai pula dia melukis. Tunjuk kat AI. Ayah dia siap nak print. Ummi dia snap je plan simpan dalam blog macam biasa ;-).

Masa sembang dengan dia saya tanya. Abang belajar kat sekolah ke melukis ni. Ya la.. oooh patut la. Kalau di sekolah bab mewarna yang dia tak minat. Nampaknya dah ada kemajuan sikit.

Cuba tafsir lukisan dia ;-)

Khamis, 26 Mac 2015

Aplikasi telefon pintar myJakim

Assalamualaikum

Pernah tak nak pergi makan di kedai terasa macam musykil je tentang halal ke tak kedai tu. Biasa kedai memang ada letak logo halal jakim. Kalau takde tu tak payah la masuk ya. Tapi kalau yang meniaga tepi jalan macamana pula ya? Tengok orang yang jual jangan tengok orang makan. Sebab tak semua pentingkan soal halal.

Makanan minuman pun kadang ada tanda halal kadang tiada. Memang susah. Lebih-lebih lagi logo bukan logo halal jakim.

Untuk puaskan hati. Boleh install aplikasi myJakim dalam telefon pintar masing-masing untuk periksa halal ke tidak. Dalam aplikasi ni ada banyak lagi kemudahan lain. Boleh tengok dalam gambar di bawah. Terima kasih.

Rabu, 25 Mac 2015

Restoran Famous Thai Plaza Massalam Shah Alam

Assalamualaikum

Dah lama tak buat entri jalan-jalan cari makan. Bab ni memang malu sikit nak ambil gambar. Terasa macam over pula hehe. Tu yang ambil gambar pun tak menarik :-)

Hari tu kami bawa mak dan acik pergi makan di restoran Famous Thai yang terletak dalam plaza massalam di Shah Alam. Cantik decoration kedai ni. Menu masakan Thai tentunya. Kami order siakap stim limau, daging blackpepper, kailan garlic dan ayam bakar pandan. Sedap ayam pandan tu. Besar juga saiznya. Tiada dalam gambar sebab sampai lambat ;-).

Buat entri ni sebab nak beritahu makan di sini sedap. Hidangan ikut portion. Dah biasa makan kat kedai kan.. jadi sini kategori kedai makan sedap. Maaf la ya gambar tak menarik tapi rasanya tu yang penting hehe.

Jumaat, 20 Mac 2015

Lihat apa ada di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum

Dah lama teringin nak lihat apa yang ada di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Semasa AI cuti baru ni akhirnya dia bawa juga saya setelah beritahu hajat yang lama terpendam ;-). Pertama kali nak pergi banyak kali saya google apa yang ada di situ.

Saya rasa siapa yang belum pernah sampai pasti tak faham sangat apa sebenarnya Colmar Tropicale ni. Bila dah sampai baru la faham hehe. Mula-mula booking bilik hotel dulu. Saya google dan booking melalui booking.com sebab cari harga yang murah hehe. Lagipun tak perlu bayar apa-apa. Cuma letak no kad debit je (takde credit card). Harga satu malam untuk superior twin room RM245 termasuk sarapan.

Esoknya kami bertolak lewat sebab tunggu AI solat Jumaat dulu. Sampai sana pukul 4 lebih. Masa sampai pintu nak masuk kawasan kena bayar entrance fee RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Kalau bermalam boleh bagi tiket tu masa check in nanti pihak hotel refund balik. Kami sampai lewat jadi entrance fee dapat diskaun sebab aktiviti dalam tu ada yang dah tutup pukul 4:30 petang.

Sampai-sampai terus check in. Pihak hotel upgrade bilik kami kepada katil king sebab kami bertiga. Harga sama. Tapi dapat bilik mengadap hutan. Kami ok je.. sebab selesa tak bising. Memang situ tak bising pun hehe. Lepas solat asar baru kami melawat kawasan. Malam tu tengok show orang france menari. Malu.. sebab couple yang menari. Ada tukar baju yang seksi ;-).

Kat sini sejuk juga la udaranya. Jalan nak ke sini tinggi juga tapi tak la setinggi dan securam genting highland. Seronok la jalan masa musim panas ni. Malam tu dinner di restoran makan nasi ayam. Mahal sikit la harga tapi ok la standard makan di restoran yang mahal. Lepas makan jalan-jalan bawa iman main sekejap. Lepas tu tengok orang pancing itik ;-).

Malam AI dengan iman keluar sekejap cari berus gigi iman sebab terlupa bawa iman punya. Takde jual kat situ. Ada orang bagitau minta je dengan hotel. Jadi kalau terlupa bawa jangan risau minta je. Tak perlu bayar. Lama diorang keluar berdua. Saya duduk sorang dalam bilik tengok tv. Dah tak tau nak buat apa. Rupanya diorang tengok show lagi.. amboi iman.. suka tengok orang joget.

Esoknya bangun mandi dan sarapan. Best juga sarapan banyak pilihan. Macam-macam ada. Tapi kami cari sarapan yang heavy sikit. Makan nasi lemak. Lauk kari ayam. Sedap. Lepas sarapan kami terus check out. Senang sebab lepas jalan-jalan terus balik.

Colmar Tropicale ni macam perkampungan Perancis. Kecil je kawasannya.. semua hotel. Bawah hotel ada beberapa restoran dan ada kedai cenderamata. Ada taman permainan kanak-kanak, wayang 3D dan ada 3 permainan 'nasib'. Tak tau pula nak panggil apa hehe.

Masa check in, hotel akan terangkan apa yang ada berhampiran situ. Lepas check out mula-mula kami pergi botanical garden dan taman jepun. Memang mencabar nak ke sini sebab jalannya mendaki. Berpeluh jugalah walau udara sejuk. Sebelum tu naik tangga yang tinggi. Botanical garden ada spesis pokok-pokok dan taman jepun ada dua rumah jepun. Satu rumah diorang layan minum teh jepun dan boleh pakai kimono. Satu rumah lagi macam spa rasanya. Kena bayar. Mahal juga.. suasan kawasan nampak menarik juga la.. ada air mengalir dan ada ikan. Iman suka la tengok ikan.

Keluar dari situ kami ke taman haiwan pula. Kecil je tempatnya. Masuk sini pun kena bayar tapi tak mahal. Ada arnab dan rusa. Yang bestnya kita boleh pergi lihat dekat dan pegang. Lama juga di sini.. iman seronok bagi rabbit makan sambil usap-usap. Ada playground kecil juga di sini. Tapi budak-budak lebih tertarik tengok rabbit ;-). Dah puas pujuk iman ajak dia naik donkey pula yang ada di situ. Yang ni pun kena bayar juga.

Last sekali sebelum balik kami pergi ke horse trails pula. Bawa iman naik kuda. Yang ni pun kena bayar. Kuda mahal sikit. Jauh juga jalan. Keluar dari kandang tu berjalan hingga depan masjid dan pusing balik. Seronok je tengok muka iman yang control hensem tu naik kuda.

Itu sahaja yang ada di situ.. semua tempat pun dah pergi. Kami pun balik. Ada juga tempat yang kami tak pergi sebab tak sesuai nak pergi. Boleh tengok map di bawah. Puashati la dah sampai :-).

Khamis, 12 Mac 2015

Tempat santai waktu malam di Kota Bharu

Assalamualaikum

Tempat ni dah jadi macam tempat mesti singgah bila balik Kelantan. Tujuan utama naik kereta kuda :-). Iman suka sangat dengan kuda. Macam-macam ada di situ. Ada orang jual makanan, pakaian, kasut, ada pameran / kempen kesihatan. Ada band nyanyi. Tapi lagu-lagu yang berbentuk nasihat je dibenatkan. Ada tempat permainan kanak-kanak. Main sabun.

Biasanya AI bawa iman naik kereta kuda dan layan iman yang suka main air sabun tu. Pusing-pusing lawat kawasan dan balik.

Selasa, 10 Mac 2015

Iman dah kena chicken pox

Assalamualaikum

Masa kami sampai kelantan cuti raya cina hari tu. Pagi keesokannya AI lihat ada bintik-bintik merah di pinggang iman. AI terkejut tanya kenapa ni. Saya relax je ingatkan kena gigit nyamuk or semut.

Tapi bila dalam group whatsapp sekolah iman ada parent tanya. Ada sesiapa tak anak kena chicken pox. Baru la saya terkejut. Sah-sah iman pun kena juga. Malam tu kami pergi klinik di pasir pekan untuk mengesahkannya. Memang betul. Doktor bagi ubat sapu calamine dengan ubat makan untuk tahan gatal. Alhamdulillah iman ok je. Tak merengek.

Kebetulan sebelum tu dia minum air kelapa. Sekejap je naik banyak. Di kepala pun banyak juga. Kat lidah dalam mulut pun ada. Yang tak banyak bahagian kaki. Doktor kata elok la kecil-kecil dah kena. Kalau besar lagi teruk. Saya tak pantang sangat pun dia hehe. Cuma pantang bagi makan kicap dengan telur je.

Baru kena memang tak mandikan. Ikut petua ma AI. Dah naik kepala baru boleh mandi katanya. Takut tak keluar habis nanti. Dah nak kering memang menggaru juga. Terutama kepala. Mula-mula letak calamine. Kemudian nak kering letak herbal blend shaklee dah kering saya sapu minyak but-but untuk tanggalkan kuping kat kepala iman.

Iman cakap. Kesian abang. Tengok badan abang ni banyak bintik-bintik kena gigit nyamuk :-D. Kena gigit nyamuk katanya. Kebetulan pula kena masa AI balik cuti.. boleh la sambung jalan-jalan hehe. Tak bagi ambil gambar masa baru kena. Sebab tak hensem ;-)

Sabtu, 7 Mac 2015

Melawat kawasan banjir di Kuala Krai dan Manik Urai

Assalamualaikum

Pulang kampung AI cuti raya cina baru ni ambil kesempatan melihat sendiri kawasan yang terlibat dengan banjir. Kalau tengok memang rasa hairan sangat sebab paras air sungai boleh naik berganda-ganda.

Keadaan tak banyak berubah. Masih ramai yang tinggal dalam khemah. Katanya ambil masa 6 bulan untuk dapatkan rumah sementara. Tak boleh bayangkan macamana diorang tinggal dalam khemah kecil macam tu.

Dua gambar mula-mula tu kawasan kampung kuala di Kuala Krai dan dua gambar terakhir pula kawasan di manik urai baru dan lama. Rumah sementara di kuala krai dalam proses pembinaan. Manakala di manik urai hanya terdapat rumah contoh. Rasanya memang ambil masa bertahun untuk pulih kembali.

Segalanya milik Allah..

Jumaat, 6 Mac 2015

Ziarah kubur arwah tok guru

Assalamualaikum

2 minggu lepas kami pergi ke kampung AI untuk ziarah ma AI, kubur arwah abah AI dan tok guru serta melawat mangsa banjir. Alhamdulillah puashati segala hajat tercapai.

Hari kami datang ziarah kubur arwah tok guru yang terletak di Pulau Melaka. Keadaan jalan masih sesak dengan kenderaan. Katanya sejak arwah meninggal. Orang ramai tak henti-henti melawat. Kami parking di tempat letak kereta berhampiran pintu masuk kawasan kubur. Ada orang jaga di situ.

Orang perempuan hanya dibenarkan di kawasan hadapan papan tanda amanat keluarga arwah sahaja. Orang lelaki boleh masuk dalam kawasan kubur. Kubur arwah di lilit tali mpk warna kuning tu untuk mengelakkan sesiapa dari melakukan perkara khurafat.

Sebelah kubur arwah adalah kubur bapa kepada arwah tok guru. Beliau seorang tok guru juga.