بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 Februari 2015

Perginya cukup terasa

Assalamualaikum

Menerima khabar pemergian almarhum tok guru Nik Aziz amat menyentuh hati. Tiba-tiba terasa sebak. Tak tahu kenapa. Terasa sunyi sangat hari ni. Sejak tahu arwah tiada. Saya sentiasa menanti berita tentang jenazahnya sehingga selamat dikebumikan.

Ya Allah kagum sangat melihat kehadiran puluhan ribuan manusia. Yang cukup indah melihat pakaian yang mereka pakai. Sejuk mata memandang. Allahuakbar. Sebagaimana mulianya arwah. Begitu juga yang hadir memuliakannya. Lebih menakjubkan kalimah awan berbentuk Allah begitu juga awan mendung yang berarak di atas jenazahnya.

Cukup menjadi iktibar. Insan yang tidak pernah jemu mengajar ilmu agama walau bergelar menteri besar. Insan yang sentiasa zuhud dengan dunia. Insan yang sentiasa rajin menunaikan ibadah. Insan yang sentiasa sabar dengan ujian. Peribadi yang sukar diganti.

Saya suka setiap pesanannya. Ingat Allah ikut rasullullah. Berpegang pada Al-Quran dan sunnah. Melihat arwah terasa cukup kerdil dan jauh sangat bezanya.

Semoga arwah tenang dan damai di sana bersama para solihin. Terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan. Hanya yang tahu menilai akan terasa kehilangan.

Khamis, 12 Februari 2015

Santai di Taman Layang-Layang Kepong

Assalamualaikum

Ini cerita dah sebulan rasanya. Dah lama tak jumpa rakan kolej. Jadi kami ambil peluang santai dan sembang bersama. Nak cari lokasi santai ambil masa juga. Sebab saya suka suasana yang damai dan tenang. Tak serabut. Akhirnya kami setuju dengan cadangan Mar untuk ke Taman Layang-Layang Kepong.

Pergi dah lewat lepas asar. Jadi masa terhad. Mula sampai kami cari tempat untuk duduk dan minum petang dulu. Kemudian berjalan lagi di kawasan tasik yang luas tu. Kawasannya lebih luas dari tasik titiwangsa. Macam-macam aktiviti boleh di buat di sini. Boleh sewa pelbagai jenis basikal. Ada taman permainan. Peralatan exercise. Boleh main buih sabun dan tentunya main layang-layang.

Walau sekejap tapi berpeluh sakan sebab jauh jalan kaki. Puashati sebab dah lama tak berpeluh masa tu. Boleh la bawa keluarga datang sini. Memang masa tertumpu dengan aktiviti keluarga. Disebabkan kawasannya yang luas jadi tidak terasa ramai orang ;-)

Seronok duduk kampung

Assalamualaikum

Iman memang serasi sangat dengan suasana kampung. Tak kira kampung mana. Sama macam ummi dia dan AI. Kami memang suka kampung. Tenang. Lebih seronok kalau ada binatang. Habis di kacaunya ayam wan. Sampai ayam pun lari ;-)

Rabu, 11 Februari 2015

Naik bot di Mines

Assalamualaikum

Dah lama tak naik bot di Mines. Dua minggu lepas nak bawa Iman ke Farm In The City. Tapi sampai lewat. Jadi tak berbaloi nak masuk sebab harga tiket pun boleh tahan juga. Aktiviti dalam tu pun dah takde kata staff di situ.

Jadi untuk tidak menghampakan Iman. Saya bawa dia naik bot di Mines. Harga tiket naik bot ni pun dah mahal. Dulu-dulu murah ;-).

Sambil naik bot dapat bagi ikan dan itik makan. Ada jual di situ. RM3 sebungkus. Selain tu boleh tengok biawak, burung dan replika binatang. Driver botnya memang peramah. Tak bosan.. boleh melawak dan sporting. Lupa pula nama dia. Boleh cakap Arab sikit-sikit. Ada tourist dari Arab atas bot kami tu. Jadi dia beritahu ikut bahasa Arab. Kagum juga..

Dia bagi Iman peluang bergambar sambil pegang stereng bot. Dia pun tolong ambil gambar kami semua atas bot tu. Kali ni memang seronok berbanding naik sebelum ni.

Riang ria di Pantai Klebang

Assalamualaikum

Masih tak habis lagi kisah di Pantai Klebang Melaka. Kali ni puashati sebab dapat santai lama dan Iman pun puas dapat main pasir pantai. Mainan lain dia tak hairan pun. Seronok sangat main pasir.

Puas main pasir main lari-lari pula. Akhir sekali ambil gambar bayang-bayang ;-).

Isnin, 9 Februari 2015

Gambar kenangan sebelum banjir di Kelantan

Assalamualaikum

Imbas kembali gambar kenangan di jambatan gua musang beberapi hari sebelum banjir.

Sewaktu tragedi banjir yang melanda Kelantan baru-baru ni. Sebelum tu kami balik kampung AI di Kuala Krai dan Wakaf Bharu. Kami balik hari Jumaat dan pulang hari Selasa. Rabu Kelantan mula banjir besar. AI cepat-cepat nak balik. Takut banjir katanya. Alhamdulillah kami selamat sampai pagi Rabu.

Tak sangka teruk juga banjir. Bila lihat gambar banjir. Teringat-ingat kenangan bergambar di sana. Rumah arwah abah dan ma AI masing-masing selamat. Masuk juga air tapi sikit.

Ketika hubungan terputus untuk ke rumah mereka tu kami cemas juga. Mak mertua selalu telefon beritahu perkembangannya di sana. Saya tak call sebab takut bateri telefonnya habis. Biarlah guna untuk kecemasan sahaja sebab bekalan elektrik tiada. Banyak ceritanya.. apa pun ini satu ujian dan semoga ada hikmah dan pengajaran disebaliknya.

Ahad, 8 Februari 2015

Aiskrim pasu pantai Klebang

Assalamualaikum

Sibuk dengar sana sini orang cerita tentang aiskrim pasu. Tertanya-tanya apakah aiskrim pasu?

Minggu lepas saya ke Melaka. Bawa mak pergi rumah saudara untuk berurut. Hari Sabtu petang kami ke Pantai Klebang saja bawa Iman jalan. Kesian boring tak ke mana.

Dalam kereta semasa mencari parking ternampak orang jual aiskrim pasu. Bukan satu gerai tapi banyak. Lepas parking dan jalan-jalan tengok gerai. Nampak gerai aiskrim pasu yang ramai orang beratur. Dalam hati mesti sedap ni.. terus beratur teringin nak rasa.

Ada tiga perisa. Vanila, coklat dan mint. Harga RM5 sebekas. Tengok presentationnya tu yang menarik. Mula ingat aiskrim tu terus letak dalam pasu. Rupanya dalam cawan dulu baru di masukkan dalam pasu comel yang biasa orang tanam pokok kaktus. Hiasannya seperti pokok yang di tanam dalam pasu.

Rasanya.. rasa aiskrim. Tapi aiskrim gerai ni memang sedap. Tak manis sangat dan lembut. Atas yang hitam tu biskut orea yang telah di hancurkan. Saya ingatkan coklat ;-). Yang macam batu tu gula-gula. Bentuk love tu marshmallow.

Ok dah dapat rasa... puashati mencuba. Iman yang makan. Umi rasa sikit je ;-)

Jumaat, 6 Februari 2015

Impiana Inn Gua Musang

Assalamualaikum

#throwback. Kisah bermalam di Gua Musang ketika balik ke Kelantan bulan 12 tahun lepas. Bila bertolak lewat. Memang terpaksa bermalam dulu. Biasa kami pilih gua musang. Pusing-pusing.. akhirnya kami bermalam di Impiana Inn Hotel. Kami berlima. Mak dan acik ikut sekali. Jadi kami pilih bilik yang boleh muat 5 orang. Senang. Jimat pun ya ;-)

Harga bilik. 2 katil double dan satu katil single RM120. Ok la selesa juga nak tidur. Luas biliknya.

Khamis, 5 Februari 2015

Kenangan bela burung cantik

Assalamualaikum

#throwback kisah burung belaan Iman. Lagi sekali AI buat kejutan bila bawa balik burung. Terkejut saya. Sebab saya tak suka bela burung kerana kasihan. AI ni apa Iman suka kalau boleh dia nak beli. Bebel-bebel juga saya. AI kata lepaskan je la.. Iman pula tak bagi.

Ada sekali malam tu saya nak lepaskan. Tapi burung tu tak boleh terbang. Seekor lagi masuk sangkar balik. Tak terfikir pula malam-malam mana la boleh lepaskan hehe. Makanya bela lagi.

Selang beberapa hari. Saya tengok burung hijau macam dah lemah. Tengok tepi kepalanya ada lubang kecil. Saya fikir burung kuning patuk. Saya sapu minyak. Makin lama makin lemah dan terus mati. Saya lepaskan yang kuning tu. Tapi tak mahu terbang. Bila usik terbang masuk rumah pula. Alamak saya ni penggeli dengan semua binatang. Usik-usik je la suruh keluar. Sekali terbang kat baju saya. Menjerit la. Akhirnya berjaya keluarkan.

Lepas keluar duduk pula ditingkap. Saya dah risau. Tak boleh terbang ke. Bila dah lama. Saya buka pintu. Burung tu pun terbang. Alhamdulillah lega. Masa tu Iman di sekolah. Balik je saya cerita apa yang berlaku. Akhirnya dia terima hakikat.

"Umi.. burung kuning tu sayang abang tak"
"Nanti dia datang balik tak?"

Buat burung hijau Iman doa semoga aman di sana. Saya tanam depan rumah mak. Lembut je badan burung tu.. walau dah lewat juga saya tanam (keesokkan hari). Sebab sampai rumah mak saya dah malam. Maaf sebab tak jaga dengan baik. Sedih bila ingatkan. Tak sempat lepaskan.

Mula minat berkebun

Assalamualaikum

Kisah saya dan pokok-pokok pula. Entah macamana boleh berminat untuk berkebun. Rasanya semuanya bermula bila rakan kolej saya mula menjual pokok dan segala yang berkaitan dengan pokok. Cantik je tengok hijau-hijau tu kan. Saya tanam pokok-pokok sayuran. Suka sebab boleh makan. Pokok bunga kurang minat. Seronok sebab boleh petik-petik untuk makan ;-).

Rasanya hobi yang bagus sebab boleh hilang stress tengok pokok. Sambil tu ada juga aktiviti sampingan yang boleh dibuat. Semua hobi keluar duit. So, ini pelaburan yang baik. Iman pun rajin menolong. Sampaikan habis hujung-hujung daun pandan dikeratnya :-). Kita potong daun kering. Dia semua nak potong. Akhirnya ummi dia suruh potong rumput. Saya bagi je dia tolong. Tapi kena pesan hati-hati pegang cutter tu.

Jom berkebun.. ada ketenangan dan keseronokkan. Disamping nampak berseri sikit laman ;-). Tahu ke semua nama pokok yang saya tanam? Ada serai, pandan, cekur, limau kasturi, belalai gajah, tomato, bendi, terung, pegaga, cili, kunyit dan pokok tunjuk langit. Banyak juga ya. Bila tulis baru perasan ;-)

Dua pokok rhu tu permulaan beli pokok untuk hiasan laman. Ada entrinya sebelum ni. Belum sempat nak pindahkan ke pasu besar pokok serai dan lain-lain yang dalam pasu kecil tu.

Rabu, 4 Februari 2015

Kenangan Iman bela ikan pelaga

Assalamualaikum

#throwback kisah ikan pelaga Iman. AI beli masa keluar berduaan dengan iman. Kalau ummi ikut memang tak dapat la.

Semasa ingin pergi ke Kelantan tinggalkan kepada india kedai gunting rambut dekat je dengan rumah. Senang nak hantar dan ambil. Balik dari Kelantan. Iman sibuk nak ambil ikan. Bila diorang balik. Tanya mana ikan. Dah mati sebab india tu tukar air paip. Sedih la iman. Saya bagitau dia. Lepas ni tak payah beli lagi. Kesian ikan.. nanti mati.

So, ini gambar kenangan buat abang iman :-)