بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 30 Januari 2015

Kreativiti pertama Iman di sekolah

Assalamualaikum

Ini adalah hasil kerja tangan Iman pada hari ketiga sekolah. Ummi masih simpan elok-elok. Iman kurang minat mewarna sebenarnya. Dia kurang rajin.. penat katanya ;-). Kalau baca tu dia suka tapi kalau dia tak boleh nak ingat apa dia baca dia stress hehe. Sabar je la..

Ok Iman.. ummi masuk dalam blog. Nanti lihat untuk kenang-kenangan.

Kedai perabot terpakai Rantau Panjang Klang

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Entri yang ni akan buat AI tak puashati.. hehe. Sebab dia sorang je nak pergi kedai ni, takut orang lain beli barang yang dia berkenan nanti. Ada la pula macam tu.. ;-)

Orang kata tahun ni dan tahun depan ekonomi negara goyang sebab harga minyak jatuh. Jadi memang kena sekat nafsu membeli walaupun susah nak kawal ;-). Kena ikat tangan ke belakang baru boleh kawal agaknya. Itu saya la.. tapi untuk kesihatan takpe kan hehe.

Macam kami bab perabot memang sangat jimat. Beli untuk guna selagi hayat dikandung badan macam tu. Tak minat tukar-tukar perabot. Alih-alih perabot tu yg minat ;-). Macam bagitau sebelum ni kami cari perabot kayu asli.

Panjang pula membebel. Tujuan asal nak kongsi kedai perabot terpakai di Rantau Panjang Klang ni. Kedai ni boleh kira baru juga la buka. Dalam setahun rasanya. Tuan kedai orang melayu. Besar kedainya. Dah macam gudang. Tengah buat renovation lagi tu untuk tambah ruang letak barang. Tuannya baik dan peramah. Kalau beli untuk hantar area berdekatan foc je.

Bawah ni barang yang kami beli di situ dengan harga RM500 lebih untuk 3 barang. Memang murah harganya kalau banding tempat lain. Barang-barangnya pun takdelah buruk-buruk sangat macam setengah kedai. Ingat tak lagi kisah pergi johor cari perabot lama. Setakat ni kami tak ke sana lagi ;-)

Isnin, 26 Januari 2015

Kedai kaki lelong Subang

Assalamualaikum

Imbas kembali cerita pencarian perabot terpakai. Tak tahu nak kata la hobi AI ni. Sampai saya dengan Iman pun terjebak sama :-). Ada dua lokasi kami pergi semasa AI balik baru ni. Tapi cerita lokasi yang kedua dulu.

Tahu tentang kedai kaki lelong ni dari kedai yang jual barangan terpakai juga. Baik la orangnya. Lepas tahu tu terus AI dengan semangatnya mencari. Lokasinya belakang bangunan Chitta Mall Subang Glenmarie. Berdekatan dengan flat tinggi yang banyak-banyak tu. Area shop lot. Tapi kedai ni bawah tempat parking.

Di sini banyak barang dari hotel. Yg nak buat homestay boleh la tengok-tengok. Harga boleh tawar. Ada khidmat penghantaran. Lepas pusing-pusing tengok. Kami beli kerusi dalam gambar di bawah tu (tak tahu pula panggil apa) dengan harga RM200. Kayu jati tu. Puashati la. Biasakan perabot hotel guna betul-betul kayu.

Luas sangat tempat ni. Barang pun sepah-sepah. Nasib-nasib la tengok rezeki. Ada barang elok baru masuk ada la rezeki. Ada satu almari baju lama masa kami datang tu. Yang minat perabot antik pasti suka. Kena repair sikit. Paku pintunya dah tercabut.

Sila jangan pelik dengan hobi AI. Dengan saya-saya turut terminat sama. Kerusi tu saya yang jumpa. AI kata tengok siapa yang cari. Saja la kan.. ingat isteri dia ni tak pandai beli barang ;-).

Khamis, 22 Januari 2015

Kedai shopping coklat di Langkawi

Assalamualaikum

#throwback kisah beli coklat di Langkawi. Bukan banyak pun belinya. Itupun sebab adik yang nak. Hotel yang kami duduk tu dekat je dengan lot kedai yang jual barang duty free. Jadi lepas checkout terus cari coklat dulu.

Pergi dua kedai je. Kedai mula-mula tiada coklat yang adik saya nak. Kedai kedua baru ada. Murah sikit dari harga kedai yang mula-mula. Sempat tengok pinggan mangkuk brand Correlle yang biasa orang nak cari dan beli. Mahal juga rasanya kalau nak dibanding dengan Dubai hehe. Betul jauh sangat bezanya. Boleh la kirim pada siapa-siapa yang sudi ;-). Kalau ada sales lagi murah. Atau ada yang plan bercuti ke sana boleh la beli. Tefal pun murah di sana.

Rabu, 14 Januari 2015

Iman dah sekolah

Assalamualaikum

Alhamdulillah bermula 25/12 baru ni, Iman dah mula kenal sekolah. Tarikh tu hari pengenalan buat ibubapa dan murid. Ibubapa duduk dalam dewan. Anak-anak di sekolah.

Lama juga la dengar taklimat dan teknik yang akan mereka ajar di sekolah tu. Bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Tapi biasalah mula lewat sebab ramai juga yang datang lewat.

Bagus juga sekurang-kurangnya ibubapa tahu teknik dan cara yang anak-anak akan belajar. Siapa tak datang rugi ;-)

Masuk hari ni sudah hari ke 12 Iman ke sekolah. Semalam baru mula belajar. Sebelum ni cikgu-cikgu bagi murid-murid minat nak ke sekolah dulu. Mereka di bawa lawat kawasan sekolah, ajar cara letak barang, ajar naik tangga, menari dengar lagu nasyid, mewarna.

Sekolah ni teknik belajarnya tu yang menyeronokkan. Mereka ikut kaedah tadika luar negara. Jadi murid cepat membaca. Maaf la tak bagitau tadika apa. Tapi mesti ada yang tahu.

Walau dah banyak hari ke sekolah. Iman masih tak mahu sekolah. Tapi bila sampai sekolah dia ok. Kadang ambil masa balik dia cakap "seronok sekolah hari ni". Saya ingatkan dah ok la.. lepas tu cakap tak mahu sekolah. Tolong doakan sama agar Iman bersemangat nak sekolah.

Mujur uniform dapat bulan 2. Kalau tak haru juga.. nak keluar je mesti tanya. Nak pergi mana ni.. kenapa bawa beg sekolah abang.. kena la pandai-pandai jawab hehe. Jalan nak ke sekolah pun dah ingat. Siap cakap jangan masuk sini.. Iman.. Iman. Apa pun alhamdulillah tak menangis keluar suara. Cikgu cakap dia sedih kejap je. Lepas tu ok.

Isnin, 12 Januari 2015

Pengedar Shaklee akhirnya

Assalamualaikum

Iklan sekejap. Sebenarnya saya dah lama juga jadi ahli / pengedar produk Shaklee. Mula beli makan sendiri. Lepas tu adik tu offer jadi pengedar pula. Percuma sahaja tu yang laju je setuju.

Banyak yang saya cuba. Tapi bukan la sekaligus. Saya ambil gla complex, b complex, vitamin c, vitamin e, omega guard, nutriferon dan meal shake.

Mengikut pengalaman. Ianya memang menampakkan hasil dan perubahan. Saya cukup suka bcomplex sebab lepas ambil bcomplex badan yang dulu rasa berat dan ringan dan bertenaga. Harganya pun tak mahal sangat dan tahan untuk 2 bulan.

Sesiapa yang berminat nak order. Boleh e-mail saya rusenidzan@gmail.com. InshaaAllah lepas ni saya akan update produk yang di offer untuk setiap bulan. Yang mana produk beli 3 free 1 dan sebagainya. Saya akan bagi harga yang sudah dibahagikan kepada 4. Kita kongsi-kongsi. Sama-sama dapat murah. Faham ke tu? Tak faham boleh e-mail. Cara beli. Masukkan duit dalam akaun dan tunjuk bukti transaksi. InshaaAllah esok barangnya akan di pos menggunakan khidmat pos laju.

Sekian. Terima Kasih :-).

Jumaat, 9 Januari 2015

Langkawi Wildlife Park

Assalamualaikum

Lokasi sebelum balik kami ke Langkawi Wildlife Park bawa Iman tengok burung. Menarik juga tempat ni. Ada banyak jenis burung dan terdapat juga binatang lain. Yang menariknya kita boleh bagi haiwan-haiwan di sini makanan yang ada di jual di situ.

Harga tiket untuk masuk ke Langkawi Wildlife Park ni RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak berumur (3-12 tahun). Mula-mula nak masuk tak mahu ambil gambar bila orang di situ offer. Bila dah keluar baru sibuk nak ambil gambar. Kena la pusing balik. Ada la guna kenangan di situ.

Oriental Village Langkawi Geopark

Assalamualaikum

Sambungan kisah di Langkawi. Tergendala sebab tiada masa nak update dan sibuk mengikuti perkembangan bencana yang menimpa negara kita. Semoga mereka semua tabah dan ada rahmat di atas segala yang terjadi.

Oriental Village Langkawi Geopark ni tempat pertama yang kami pergi ketika sampai di Langkawi. Hajat nak menaiki cable car terbantut sebab tengok ketinggian yang menakutkan hehe. Jadi kami jalan-jalan melawat kawasan. Sempat naik kereta kuda. Kesukaan Iman.

Boleh lihat apa yang ada di sini melalui gambar-gambar di bawah.