بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 16 Disember 2015

Tempered glass screen protector

Assalamualaikum

Baru ni saya beli handphone baru. Handphone lama dah agak slow. Brand S memang macam tu ke bila dah lama guna. Yang baru beli brand Huawei. Nak beli cover penuh tutup depan belakang takde pula. Jadi masa beli ternampak screen protector ada tulis tempered glass. So tukar yang tu kena tambah RM20. Kalau yang biasa free je. Harga asal RM30.

Baru ni masa turun kereta alphard kawan, handphone terjatuh. Sebab lupa letak atas riba. Jatuh pula terlangkup. Dalam hati habis la. Bagitau kereta kawan tu bukan apa. Kereta tu kan tinggi. Bila ambil tengok retak. Tapi handphone masih elok. Mulanya memang ingat dah retak la screen hp. Tiba-tiba rasa nak buka pula screen protector. Lepas buka alhamdulillah. Takde apa-apa pun pada screen. Yang retak tempered glass tu je. Cuma calar sikit body hp belah bawah.

Semalam pergi kedai tukar tempered glass yang baru dengan cover getah. Kalau cover original plastik keras. Kalau tukar awal takde masalah rasanya. Tunggu full cover order dari Lazada tak dapat-dapat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...