بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 15 Disember 2015

Paya Indah Wetland dengkil

Assalamualaikum

Cerita semalam. Kawan sekolah rendah ajak saya bawa anak-anak dia berjalan. Saya cadang pergi paya indah wetland. Masuk percuma sahaja. Teringin nak tengok apa ada di sini.

Masuk kena daftar dulu. Dapat kad kebenaran lawatan. Parking depan cafe. Lepas tu kami berjalan dalam tu. Jauh juga berjalan. Boleh sebenarnya bawa masuk kereta. Tapi dah jalan jauh malas pula patah balik. Maka jalan je la. Jalan separuh berhenti makan dulu di gazebo depan chalet. Best juga.. santai. Tiba-tiba nampak biawak. Lupa ambil gambar. Besar juga.

Masa ni dah lepas kawasan hyppo. Tengok hyppo takde lagi jadi kami jalan ke depan terus. Jumpa pula dengan binatang putih tu. Namanya lupa tapi ada perkataan botak.

Kemudian tengok buaya pula. Ada 3 ekor berendam dalam air. Seekor lagi rehat bawah pokok. Tak dapat gambar yang cantik untuk buaya :-). Sebelum tu nampak sekumpulan itik warna coklat. Tak ambil gambar juga..

Lepas tengok buaya rehat sekejap bawah kemah. Tak sanggup dah jalan kaki hingga ke menara. Kura-kura di area situ katanya. Kepenatan beli aiskrim makan dan tengok hyppo lama-lama di situ. Sebelum keluar bawa iman dan anis bagi makan ikan. Besar-besar ikan. Bagi makan sampai melompat-lompat. Makanannya beli masa daftar rm3 satu bekas cawan plastik air.

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...