بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 15 Disember 2015

Merrida Hotel Klang

Assalamualaikum

Minggu lepas ajak adik & anak2 buah bermalam di Merrida hotel yang terletak berhampiran empire gallery. Berdepan klinik bukit kuda klang.

Pilih yang dekat sahaja. Cuma nak diorang happy mandi kolam dan tidur hotel. Kenapa ya budak-budak suka dengan hotel? Kita pun suka juga kan hehe.

Biasa la ramai budak-budak pasti meriah. Jadi saya copy gambar untuk mewarna. Buat pertandingan. Nampak tak khusyuk diorang. Aman :-).

Hotel ni ok cuma perlu bersihkan lg tandas. Dh lama kan.. ada kesan kotoran sikit dalam toilet bowl dan bath tub. Makanan sedap. Saya tanya halal tak. Dia jwb halal. Order mee goreng dgn char kuey teow. Memang sedap. Xde ayam atau daging. Cuma telur dan udang.

Breakfast satu bilik sorang je. Sorang charge rm15 tak kira had umur. Jadi kami breakfast di medan selera berdepan dengan pasar jawa. Sedap juga makanan di situ. Nak rasa lontong klang dah habis pula. Lewat keluar sebab budak-budak berendam lg pagi tu.

1 ulasan:

  1. Bagi warna dekat budak2 terus senyap, haha bijak juga caranya tu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...