بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 15 Disember 2015

Masjid Tuanku Mizan dan Skyride Balloon Putrajaya

Assalamualaikum

Lepas budak-budak mandi manda di dataran gemilang. Kami singgah solat asar dan maghrib terus di masjid tuanku mizan. Masjid yang kerap jadi tempat singgah saya. Suka sangat datang sini. Tenang dan cantik pemandangan. Kali ni bawa kawan dan anak-anaknya pula.

Lepas solat kami santai-santai sambil yang kecil main di taman permainan yang terletak di hujung masjid. Puas rehat sebelum balik kami ke alaf monument yang terletak di tepi tasik percint 2. Pertama kali saya singgah sini. Rupanya ada cafe yang penuh dengan pelanggan di situ.

Datang sini sebab tertarik tengok belon yang naik ke udara. Skyride Balloon. Harga tiket dewasa rm38. Kanak-kanak rm30. Lepas ni boleh ajak AI naik. Rupanya ada macam-macam lagi di situ. Malam gelap. Jadi tak boleh nak tunjuk semua apa yang ada.

Ada aktiviti yang boleh di buat di situ. Cabaran melepasi halangan macam di tv. Namanya skywarriors.

Kawan sekolah rendah merangkap jiran











1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...