بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 Disember 2015

M Suites Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum

Kisah pertama kali bermalam di M Suites Hotel Johor Bahru pada 11 - 13 September 2015 baru ni. Tertarik nak bermalam di sini sebab lokasinya berhampiran dengan laluan ke Singapura dan terletak berhampiran bandar. Hajat nak masuk ke Singapura buat kali kedua untuk saya tapi tak kesampaian sebab faktor masa dan passport dah nak expired. Tarikan kedua kerana kolam mandinya yang ada gelongsor. Tapi saya tak dapat nak join sebab 'uzur'.

Kami pergi berlima. Kami tiga beranak, mak serta adik bongsu perempuan. Saya booking two bedroom suite. Harga dua malam RM700 lebih. Macam biasa guna khidmat booking.com. Besar biliknya. Ruang rehat di tengah-tengah pun luas. Kalau datang dengan famili yang besar memang selesa. Sarapan pagi ok la. Menu utama pastinya nasi lemak. Lauknya boleh tahan juga.

Bawah ni address dengan nombor telefon. Mana la tau emergency tak sempat nak booking online.
Address: Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-221 1000

Malam tu kami makan di medan selera hentian tebrau. Ada ikan bakar. AI tanya pekerja hotel mana yang sedap. Dia cadangkan kami ke situ. Alhamdulillah memang sedap. Saya mulanya tak mau makan sebab dah kenyang. Tengok nampak selera. Makan juga akhirnya.. air asam dan kuah kicapnya memang sedap. Berebut kami makan. Menu lain pun sedap. Puashati mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...