بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 2 Disember 2015

Farm In The City Sri Kembangan

Assalamualaikum

Cerita minggu lepas bawa iman dan faris pergi farm in the city di sri kembangan. Dah lama nak bawa iman tapi tak sempat. Usahakan juga untuk bawa dia.

Kami sampai pukul 3 petang. Beli tiket yang berharga rm32 untuk dewasa dan rm27 untuk kanak-kanak. Pony ride bayar lain ya. Rm7 kalau tak silap.

Masuk-masuk je jumpa kura-kura besar. Kemudian ayam dan kambing.. burung.. ular.. dan banyak lagi. Tempatnya kecil je. Tapi seronok sebab binatang bebas. Jadi boleh dekat dan bagi binatang makan. Makanan pekerja dalam tu akan bagi pada kita secara percuma. Ya la.. dah bayar mahalkan ;-).

Hampir habis pusingan. Tiba-tiba hujan lebat. Jadi terkandas di dalam tu di kawasan berbumbung. Iman dan faris tetap seronok tengok binatang walaupun terkandas agak lama juga. Akhirnya pekerja situ bagi payung. Masa tu hujan dan tak lebat sangat. Kami pun keluar dan sempat singgah masuk kedai pet yang ada jual kucing-kucing comel di tepi tu sebelum balik.

Ini gambar dalam hp. Masih ada banyak lagi gambar dalam camera dslr. Akan update kemudian.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...