بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 22 Disember 2015

Cover handphone Huawei Ascend G7 order dari Lazada

Assalamualaikum

Baru-baru ni beli handphone baru. Sebab handphone lama suka hang. Line pun kadang takde bila di rumah. Jadi ambil peluang tukar yang baru. Ala cakap je la nak yang baru kan hehe. Mulanya nak beli brand sama. Tapi bila dengar yang jual handphone tu kata brand tu dah lama mesti hang. Jadi saya pun tukar ambil brand Huawei. Sebelum ni pernah guna broadband brand ni. Puashati. Lebih 5 tahun masih elok.

Huawei Ascend G7 ni masih baru lagi. Jadi full cover yang macam dalam gambar ni tiada di kedai. Saya suka cover getah penuh macam tu. Ada penutup bermagnet. Selamat jika jatuh. Maka lepas tengok dalam Lazada ada. Saya terus order. Harga murah je RM30. Tiada charge penghantaran. Cuma shipping tu ambil masa sikit. Rasanya 2 minggu baru dapat. Barang import dari China. Ok la jika tengok di Lazada ambil masa sebulan. Guna khidmat pos laju.

Quality cover ok la. Kena guna lama baru tau tahan ke tak.

1 ulasan:

  1. rajin ye akak beli dari lazada..senang kan tunggu je brg sampai depan pintu.hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...