بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 November 2015

Go Shop Kloken Spin Mop set

Assalamualaikum

Sambungan shopping online dengan Go Shop lagi. Bukan satu barang tapi dua barang sekali beli. Mulanya nampak iklan mop ni dulu. Tapi tahan nafsu. Lepas tengok iklan vacuum memang dah tak tahan. Tu yang order sekali dua. Macam biasa Iman pun tergoda. Suruh ummi dia beli.

Mop boleh pusing-pusing. Bersihkan pusing. Nak keringkan pun pusing. Boleh bengkokkan batang mop pula tu. Kainnya memang rasa bersih lepas mop. Boleh tukar-tukar kainnya. Masa beli dapat free 2 kain mop. Dapat free lagi penyapu kain fibre dan extra lagi satu kain. Seronok juga sapu guna kain. Rasa lebih bersih.

Lepas beli baru perasan. Ada banyak brand lain di luar sana. Tapi kualiti, saya rasa ini lebih baik. Harga pun tak jauh beza kalau dicampur dengan barang-barang percuma yang lain. Harga set ni RM149.

4 ulasan:

  1. suka jgk tgk iklan go shop ni.

    BalasPadam
  2. Hello, nak tanya mop ni ada problem tak, tgk review ramai yang kata mudah tercabut, susah diguna ...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...