بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 13 November 2015

Astro njoi tak perlu bayar bulan-bulan

Assalamualaikum

Dalam beberapa bulan lepas kami terpaksa juga pasang piring astro disebabkan arial tv yang sedia ada tak mampu lagi terangkan tv kami ;-).

Sebenarnya saya mula tahu tentang astro njoi ni dari anak saudara AI. Dia cadang pada ma tok dia untuk pasang astro njoi bagi perjelaskan skrin tv. Katanya bayar sekali je seumur hidup. Mulanya macam tak percaya juga.

Bila dah tahu astro njoi bayar sekali seumur hidup. Maka memang tiada pilihan lain bagi kami untuk terangkan tv kami. Ini je la caranya untuk selesaikan masalah.

Puas cari tempat untuk daftar. Masa pergi Giant nak bayar ternampak pula depan tu ada pendaftaran astro. Terus saya tanya dan daftar di situ. Bayaran akan dibuat lepas diorang datang pasang. Harga untuk pasang astro njoi RM428. Siapa yang pasang awal untung la sebab harga promosi murah lagi.

Bukan setakat tv dah terang. Tapi ada juga siaran astro yang dapat di tonton percuma seperti saluran Prima, Oasis, Maya HD, TVi, Bernama TV, Tutor tv UPSR, PT3, SPM, Go Asean, radio channel, saluran chinese dan india. Banyak jugakan. Kami jarang tengok tv sebenarnya. Jadi sesiapa yang nak tv terang tanpa bayar bulan-bulan. Boleh la pasang astro njoi ni.

Astro njoi ada sediakan perkhidmatan top up untuk langgan siaran yang tiada. Cuma beli kad top up untuk melanggan. Siaran boleh dibeli mengikut harga tempoh langganan.

4 ulasan:

  1. Boleh tahan juga mahal bayarannya tu UI..
    Dekat sebelah tangan tu wlpn sekali sahaja..
    En suami ada juga cerita2 nak beli astro njoi ni..

    BalasPadam
  2. akak pun dh lama tukar njoi..mcm bazir duit byr bulan2 tp tgok siaran astro yg ulang2 tu..hihi

    BalasPadam
  3. Betul tu. Orang pasal awal murah ari tu. Jelas sikit siarannya bila guna astro.

    BalasPadam
  4. sy tahu juga pasal astro njoi ni..ramai dah yg pakai sebab senang kan tak payah bayar bulan2..jimat tu..cuma siaran dia la tak byk..yg paling penting siaran tv tu clear je kan..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...