بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 19 Ogos 2015

Pertama kali buat kuih onde-onde

Assalamualaikum

Pertama kali buat kuih onde-onde / buah melaka bulan puasa baru ni. Ada nama lain lagi ke?. Alkisah teringin nak makan. Telefon mak tanya resepi. Senang je mak saya cakap tepung pulut campur tepung gandum sikit, letak garam dan air sikit.

Maka terus la buat. Air daun pandan mak saya tak cakap sebab dia tau yang saya dah tau tu hehe. Saya buat sikit je. Maklumla berdua dengan Iman je masa tu. Saya main agak-agak je. Daun pandan saya blend dengan air campur garam sekali. Senangkan.

Alhamdulillah hasilnya sedap dan lembut sangat. Tak liat. Tak sangka pandai haha. Sebab ikhlas dan semangat nak buat mesti jadikan. Cuma warna pandan je tak berapa nak hijau. Padahal 3 helai dah tu blend. Tepung satu gelas je.. tapi hasilnya banyak juga la sebab buat comel-comel. Puas la makan sampai kembung perut. Ermm.. memang tak tahan dengan pulut.

2 ulasan:

  1. ok tu..1st time buat dah jadi..
    akak ni..nak buat..tak buat2..dah lama sangat ..makan tahun tak buatnya..bulan posa hari tu dah beli tepung pulut..konon nak buat..last2 tak buat jugak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau rasa nak buat terus kena buat. Smgt tgh ada. Kalau tak mcm akak la agaknya hehe. Buat la senang je.. dh buat sekali mesti nk buat byk kali sbb mudah sgt :-)

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...