بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 20 Ogos 2015

Mee Tarik Warisan Asli Padang Jawa

Assalamualaikum

Ni cerita pertama kali kami pergi makan di kedai Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Padang Jawa. Dah lama berhajat nak mencuba. Baru-baru ni masa AI ada kami berpeluang akhirnya datang ke kedai ni.

Kedainya mudah je. Kalau kami dari Pelabuhan Klang ni. Ikut faderal. Kiri ke Seksyen 7 Shah Alam. Kanan ke Padang Jawa. Masuk situ jumpa traffic light. Nampaklah kedainya warna hijau betul-betul mengadap jalan sebelah RHB bank. Kena explain sebab gambar kedai takde hehe. Datang malam.. gelap ;-).

Tengok menu menarik sungguh. Orang makin daging best la banyak pilihan. Kami pilih menu yang gambarnya paling besar. Dalam hati cakap mesti gambar besar ni hot menu. Pandai-pandai je.

Tengok la menu yang di order tu. AI nasi daging dengan sayur yang dah lupa nama. Tapi sedap sayur tu. Rangup dan rasa manis2 sikit. Saya order mee sup sayur je. Iman mee dah lupa nama. Ada kentang. Semuanya bagi saya sedap. Meenya memang sedap dan lembut.

Lepas pergi dengan AI saya pergi dengan kawan pula. Teringin.. masa tu saya order nasi dengan ayam. Not bad. Kenyang la makan. Portion pun banyak.

4 ulasan:

  1. Wah..nampak sedap mee tarik ni. Lalu sana kena singgah juga nanti.

    BalasPadam
  2. Kena singgah pekena mee tarik ni juga nanti

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi makan mee tarik.. nampak macam lembut.. mesti sedap.. masuk je mulut habes. hehehe..

    BalasPadam
  4. mee tarik!!!our fav nih...dah byk cawangan dah...kami kat batu caves ni selalu pegi mkn kat gombak prima atau pun kalau nk jauh sikit pegi yg setapak punya...best!!!

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...