بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 21 Jun 2015

Tempah gambar atas kek birthday Iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam genap Iman 5 tahun. Ini merupakan pertama kali tempah kek dengan kawan. Biasa beli yang dah siap. Kek tempah dengan kawan sekolah rendah merangkap jiran. Dekat senang sikit. Saya tempah kek red velvet.

Sebelum tempah saya tanya tentang gambar atas kek. Berapa harganya. Dia kata mahal. Jadi saya google dan akhirnya jumpa yang murah dan dekat. Saya ambil sendiri. Dekat je di seksyen 7 Shah Alam. Sebenarnya boleh pos tapi saya takut tiada di rumah kena collect di pejabat pos jadi lewat pula. Kos sekeping saiz A4 Rm15. Kos pos Rm5. Saya tempah saiz 7 inci. Ada free untuk cupcake 8 keping.

Gambar yang ditempah ni tak sama macam di kedai. Liat. Yang ni lembut. Boleh potong guna pisau kek. Rasa pun sedap. Yang penting orang islam. Dah tentu halal. Berminat boleh masuk website nurul edible image untuk tempah. Hantar gambar sendiri pun boleh. Klik link > http://www.edibleimage.com.my. Mana tau beli kek secret recipe atau buat sendiri lepas tu boleh letak atas kek :-).

Gambar-gambar di bawah ihsan kawan dan adik. Gambar cupcake takde di sini. Sebab masa nak potong dah simpan. Saya ambil guna dslr. Update guna handphone memang tak dapat la nak masukkan gambar. Adik-adik, mak dan mak long saya berbuka di rumah. Potong kek lepas makan nasi dan solat.

2 ulasan:

  1. Happy birthday iman..semoga jadi anak beriman n soleh..cantik keknya..red valvet..nyum!

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir iman .... dah makin besar iman sekarang ...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...