بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 8 Jun 2015

Paradise Spa Hotel Port Dickson

Assalamualaikum

Cuti sekolah yang lepas saya, iman, mak, acik dan mar kawan kolej bercuti di Port Dickson. Saja bawa iman jalan-jalan. Rombongan sekolah dia tak pergi. Sebab ummi tak bagi + iman yang tak boleh berenggang. Takut dah bayar tak mau naik bas pula.

Macam biasa cari tempat bercuti dengan google sahaja melalui booking.com. Lepas puashati Paradise Spa Hotel jadi pilihan. Lokasi pun berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik walau bukan betul-betul hampir dengan laut tapi tetap nampak laut ;-).

Lokasi berhampiran glory beach resort dan grand lexis. Depan hotel ada gerai. Pagi ada roti canai. Malam ada masakan panas. Sedap masakannya.

Malam sabtu hari check in. Kami jalan kaki ke glory beach resort nak tengok penyu. Masuk je.. jangan risau tiada larangan ;-). Lepas kagum tengok penyu yang besar dan cantik. Layan iman main di playground. Gambar update kemudian.

Harga bilik termasuk free sauna, jakuzzi dan steambath. Masa check in booking terus kalau nak masuk spa. Nanti penuh kempunan macam kami :-(. Hotel ni pool kat atas bumbung. Cantik dan selesa walau comel je poolnya. Ada mini gim dekat kawasan pool. Sarapan pagi ok jugala banyak pilihan.

Pergi jalan ke mana lagi di PD. Nanti saya update.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...