بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 29 Jun 2015

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Assalamualaikum

Sambung dari entri pergi Port Dickson. Lepas check in kami terus cari tempat makan. Keluar dari hotel Paradise Spa tu, saya pilih arah kanan (kena u turn). Lalu sambil tengok-tengok kedai makan. Ternampak signboard Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. Saya pun ikut arah signboard. Tak jauh dari hotel.

Bila sampai menarik juga tengok. Banyak kedai ikan bakar di situ. Kami pilih D'terapung sebab dekat laut. Boleh tengok laut yang cantik warna airnya.

Macam biasa pilih seafood apa yang kita nak. Tak fresh sangat sebab bukan baru naik dari laut. Dia pun bagitau. Semalam punya. Tapi masih ok la tengok. Jadi teruskan memilih. Kami pilih ikan tak ingat nama ;-) untuk bakar, ketam masam manis, kangkung goreng, telur dadar. Simple je. Makan petang. Tapi kenyang juga masing-masing. Sebab sedap. Air asam dan sambal kicap untuk ikan bakar memang sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...