بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 27 Mei 2015

Kursus pengurusan jenazah

Assalamualaikum

Cerita sudah agak lama. Kursus pengurusan jenazah ini merupakan aktiviti dari group rakan sekolah menengah saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lokasi kursus di pejabat senior sekolah kami.

Ustazah yang mengajar dan tunjuk ajar kami merupakan tukang mandi jenazah di hospital besar klang. Sudah 30 tahun berkhidmat di situ. Sementara tunggu yang lain datang. Ustazah tunjuk gambar-gambar mayat yang dia mandikan. Ya Allah. Bayangkan keadaan mayat dari bayi yang dibuang dalam keadaan tak sempurna, mangsa kebakaran, kemalangan, mayat reput dan sebagainya. Tak sanggup nak tengok. Hebat sungguh ustazah dan petugas memandikan jenazah yang lain. Gambar hanya untuk dilihat tak boleh ambil gambar.

Sebelum ajar cara memandikan dan kafankan jenazah. Ustazah bagi sedikit ilmu tentang cara melawat orang yang tengah nazak, ketika nazak dan ketika baru meninggal. Amalan-amalan yang membantu kita ketika meninggal.

Model jenazah kami anak kepada rakan. Semua tak mau jadi model. Malu kena bungkus :-). Mujur sporting anak kawan tu. Ilmu yang dapat ada dicatatkan. Nak buat sendiri rasanya tak mahir lagi. Tapi pengetahuan tu ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...