بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 24 Mei 2015

Bukit Gambang Resort City menarik

Assalamualaikum

AI balik kali ni kami berjalan ke bukit gambang resort city. Masa terhad maklumlah banyak majlis keluarga. Tambah pula iman dah sekolah. Cuma ada hari minggu sahaja untuk berjalan-jalan.

Kami suka cari destinasi yang belum sampai lagi. Jadi lepas saya google saya rasa gambang resort ni paling dekat dan agak menarik untuk diteroka dalam masa yang singkat. Rugi juga.. sebab tak cukup masa nak main air di theme park. Cuma masuk safari adventure je.

Ok.. mula-mula cari tempat tidur. Ada dua pilihan di situ. Caribbean dan Arabian hotel. Sekarang suka tempah bilik melalui booking.com. So, pilih yang murah sikit.. bermalam di Carribbean. Rm260 semalam tak termasuk service tax. Bilik memang besar dan luas. Hotel ni sebelah-sebelah. Ada laluan (jejantas) hubungkan kedua blok. Harga termasuk sarapan pagi. Untuk yang datang dengan famili yang ramai boleh bawa extra toto ;-). Katil double twin bed. Bilik air pun besar. Ok la..

Kami sampai dah malam. Kalau awal sikit boleh masuk safari tengah malam. Malam tu cuma bawa iman main di taman permainan ala-ala fun fair. Seronok iman.. gambar banyak dalam kamera dslr.

Esoknya.. lepas sarapan di ruangan yang luas dan banyak pilihan makanan juga. Kami terus check out dan masuk safari adventure. Harga tiket 40 dewasa 30 kanak-kanak. Kalau tak silap la.. ;-). Masa kami masuk dapat tengok 2 shows. Mula-mula binatang darat ;-). Kemudian burung. Menarik sungguh shownya. Buat kita kagum. Cukup jinak dan cerdik haiwan-haiwannya. Bila panggil dia keluar perkenal diri lepas tu masuk balik ke dalam.

Burung pun sama... untuk show burung ada minta derma. Siapa nak derma lipat duit pegang dan depa kan tangan. Nanti burung terbang dan ambil duit. Kagum lah. Teruja. Dah habis show kita boleh naik stage dan bergambar dengan haiwan-haiwan tu. Tak perlu bayar.

Lepas habis tengok show dan jalan-jalan tengok haiwan di dalam kawasan yang sangat luas dan menarik (tak habis pun jalan semua). Kami naik tram untuk ke safari wildlife pula. Free je.. ambil masa 45 minit. Kita duduk je dalam tu.. ya la bahayakan. Ada tourist guide perempuan cerita tentang haiwan-haiwan yang kita tengok tu. Penyampaiannya menarik dan ada unsur-unsur kelakar. Tidak membosankan. Gambar banyak dalam kamera dslr juga ;-). Bila rajin buka laptop baru update hehe.

Binatang-binatang di sini sihat-sihat belaka. Bersih. Puashati tengok. Dah habis pusing naik tram.. kami pun keluar. 4-5 jam juga. Tak terasa masa. Itupun tak habis jalan. Berpeluh juga la. Keluar dari situ kami makan mee kari di kedai tepi pintu masuk safari. Ok juga la meenya.

Lepas solat (ada surau di situ). Kami pun terus balik. Takut iman penat nak sekolah esoknya. Tadika pun kami tak rajin ajar ponteng kelas ;-).

1 ulasan:

  1. menarik tempatnya..tapi rugilah tak berkubang..lain kali ajak umi pergi lagi iman..main air,hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...