بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 Mac 2015

Iman dah kena chicken pox

Assalamualaikum

Masa kami sampai kelantan cuti raya cina hari tu. Pagi keesokannya AI lihat ada bintik-bintik merah di pinggang iman. AI terkejut tanya kenapa ni. Saya relax je ingatkan kena gigit nyamuk or semut.

Tapi bila dalam group whatsapp sekolah iman ada parent tanya. Ada sesiapa tak anak kena chicken pox. Baru la saya terkejut. Sah-sah iman pun kena juga. Malam tu kami pergi klinik di pasir pekan untuk mengesahkannya. Memang betul. Doktor bagi ubat sapu calamine dengan ubat makan untuk tahan gatal. Alhamdulillah iman ok je. Tak merengek.

Kebetulan sebelum tu dia minum air kelapa. Sekejap je naik banyak. Di kepala pun banyak juga. Kat lidah dalam mulut pun ada. Yang tak banyak bahagian kaki. Doktor kata elok la kecil-kecil dah kena. Kalau besar lagi teruk. Saya tak pantang sangat pun dia hehe. Cuma pantang bagi makan kicap dengan telur je.

Baru kena memang tak mandikan. Ikut petua ma AI. Dah naik kepala baru boleh mandi katanya. Takut tak keluar habis nanti. Dah nak kering memang menggaru juga. Terutama kepala. Mula-mula letak calamine. Kemudian nak kering letak herbal blend shaklee dah kering saya sapu minyak but-but untuk tanggalkan kuping kat kepala iman.

Iman cakap. Kesian abang. Tengok badan abang ni banyak bintik-bintik kena gigit nyamuk :-D. Kena gigit nyamuk katanya. Kebetulan pula kena masa AI balik cuti.. boleh la sambung jalan-jalan hehe. Tak bagi ambil gambar masa baru kena. Sebab tak hensem ;-)

3 ulasan:

  1. ayokkk bahaya tuh.mmg ikut petua tggu dia naik smpai kepala dulu,tp ada jugak petua suruh minum air kelapa so cepat jerk dia keluar, cuma xtahan gatal je la

    BalasPadam
  2. alahai kesian aiman.jenis canpak ni yg tak bestnya gatal tak selesa badan.moga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. Assalam ros,
    laaaaaaaaaaaa
    iman sama dengan fayyadh la ni he3
    sama2 kena chicken pox
    moga iman pun cepat sembuh yer sayang

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...