بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 11 Februari 2015

Naik bot di Mines

Assalamualaikum

Dah lama tak naik bot di Mines. Dua minggu lepas nak bawa Iman ke Farm In The City. Tapi sampai lewat. Jadi tak berbaloi nak masuk sebab harga tiket pun boleh tahan juga. Aktiviti dalam tu pun dah takde kata staff di situ.

Jadi untuk tidak menghampakan Iman. Saya bawa dia naik bot di Mines. Harga tiket naik bot ni pun dah mahal. Dulu-dulu murah ;-).

Sambil naik bot dapat bagi ikan dan itik makan. Ada jual di situ. RM3 sebungkus. Selain tu boleh tengok biawak, burung dan replika binatang. Driver botnya memang peramah. Tak bosan.. boleh melawak dan sporting. Lupa pula nama dia. Boleh cakap Arab sikit-sikit. Ada tourist dari Arab atas bot kami tu. Jadi dia beritahu ikut bahasa Arab. Kagum juga..

Dia bagi Iman peluang bergambar sambil pegang stereng bot. Dia pun tolong ambil gambar kami semua atas bot tu. Kali ni memang seronok berbanding naik sebelum ni.

2 ulasan:

  1. Seronoknya kakak tengok Ros. Rasa macam kat Venice pulak ye. Cuma bangunan keliling aje tak sama:)

    BalasPadam
  2. Seronoknya iman.bagusnya driver bot,siap tolong tangkapkan gambar lagi.Itu yg kita mahu.hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...