بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 5 Februari 2015

Mula minat berkebun

Assalamualaikum

Kisah saya dan pokok-pokok pula. Entah macamana boleh berminat untuk berkebun. Rasanya semuanya bermula bila rakan kolej saya mula menjual pokok dan segala yang berkaitan dengan pokok. Cantik je tengok hijau-hijau tu kan. Saya tanam pokok-pokok sayuran. Suka sebab boleh makan. Pokok bunga kurang minat. Seronok sebab boleh petik-petik untuk makan ;-).

Rasanya hobi yang bagus sebab boleh hilang stress tengok pokok. Sambil tu ada juga aktiviti sampingan yang boleh dibuat. Semua hobi keluar duit. So, ini pelaburan yang baik. Iman pun rajin menolong. Sampaikan habis hujung-hujung daun pandan dikeratnya :-). Kita potong daun kering. Dia semua nak potong. Akhirnya ummi dia suruh potong rumput. Saya bagi je dia tolong. Tapi kena pesan hati-hati pegang cutter tu.

Jom berkebun.. ada ketenangan dan keseronokkan. Disamping nampak berseri sikit laman ;-). Tahu ke semua nama pokok yang saya tanam? Ada serai, pandan, cekur, limau kasturi, belalai gajah, tomato, bendi, terung, pegaga, cili, kunyit dan pokok tunjuk langit. Banyak juga ya. Bila tulis baru perasan ;-)

Dua pokok rhu tu permulaan beli pokok untuk hiasan laman. Ada entrinya sebelum ni. Belum sempat nak pindahkan ke pasu besar pokok serai dan lain-lain yang dalam pasu kecil tu.

3 ulasan:

  1. wahh sejuk mata memandang .. tanam sayur lg jimat blh makan hasilnya ..

    BalasPadam
  2. memang berbaloi tanam sayur.selain dpt isi masa lapang n hilangkan stress..dpt juga mkn sayur fresh..banyak juga ye yg ditanam..nmpk segar sayurnya

    BalasPadam
  3. Saya dah lama teringin nak berkebun.. tp ntah bila nak mula.. huhu~

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...