بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 8 Februari 2015

Aiskrim pasu pantai Klebang

Assalamualaikum

Sibuk dengar sana sini orang cerita tentang aiskrim pasu. Tertanya-tanya apakah aiskrim pasu?

Minggu lepas saya ke Melaka. Bawa mak pergi rumah saudara untuk berurut. Hari Sabtu petang kami ke Pantai Klebang saja bawa Iman jalan. Kesian boring tak ke mana.

Dalam kereta semasa mencari parking ternampak orang jual aiskrim pasu. Bukan satu gerai tapi banyak. Lepas parking dan jalan-jalan tengok gerai. Nampak gerai aiskrim pasu yang ramai orang beratur. Dalam hati mesti sedap ni.. terus beratur teringin nak rasa.

Ada tiga perisa. Vanila, coklat dan mint. Harga RM5 sebekas. Tengok presentationnya tu yang menarik. Mula ingat aiskrim tu terus letak dalam pasu. Rupanya dalam cawan dulu baru di masukkan dalam pasu comel yang biasa orang tanam pokok kaktus. Hiasannya seperti pokok yang di tanam dalam pasu.

Rasanya.. rasa aiskrim. Tapi aiskrim gerai ni memang sedap. Tak manis sangat dan lembut. Atas yang hitam tu biskut orea yang telah di hancurkan. Saya ingatkan coklat ;-). Yang macam batu tu gula-gula. Bentuk love tu marshmallow.

Ok dah dapat rasa... puashati mencuba. Iman yang makan. Umi rasa sikit je ;-)

3 ulasan:

  1. Mmg tengah fenomena slang..sy dh cuba but sendiri..hehe

    BalasPadam
  2. fenomena btllah aiskrim pasu ni skrg.. rupanya kat gm klang pun ada jual.. tp x pernah merasa lg huhuhu

    BalasPadam
  3. nak try jugak, tpi tak jumpa org jual lagi kat sini..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...