بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 30 Januari 2015

Kedai perabot terpakai Rantau Panjang Klang

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Entri yang ni akan buat AI tak puashati.. hehe. Sebab dia sorang je nak pergi kedai ni, takut orang lain beli barang yang dia berkenan nanti. Ada la pula macam tu.. ;-)

Orang kata tahun ni dan tahun depan ekonomi negara goyang sebab harga minyak jatuh. Jadi memang kena sekat nafsu membeli walaupun susah nak kawal ;-). Kena ikat tangan ke belakang baru boleh kawal agaknya. Itu saya la.. tapi untuk kesihatan takpe kan hehe.

Macam kami bab perabot memang sangat jimat. Beli untuk guna selagi hayat dikandung badan macam tu. Tak minat tukar-tukar perabot. Alih-alih perabot tu yg minat ;-). Macam bagitau sebelum ni kami cari perabot kayu asli.

Panjang pula membebel. Tujuan asal nak kongsi kedai perabot terpakai di Rantau Panjang Klang ni. Kedai ni boleh kira baru juga la buka. Dalam setahun rasanya. Tuan kedai orang melayu. Besar kedainya. Dah macam gudang. Tengah buat renovation lagi tu untuk tambah ruang letak barang. Tuannya baik dan peramah. Kalau beli untuk hantar area berdekatan foc je.

Bawah ni barang yang kami beli di situ dengan harga RM500 lebih untuk 3 barang. Memang murah harganya kalau banding tempat lain. Barang-barangnya pun takdelah buruk-buruk sangat macam setengah kedai. Ingat tak lagi kisah pergi johor cari perabot lama. Setakat ni kami tak ke sana lagi ;-)

6 ulasan:

  1. Berbaloilah dengan harganya kalau barangnya masih kukuh dan cantik kan? :)

    BalasPadam
  2. InshaaAllah berbaloi. Tuan yg beli tu bukan main happy bila dapat ;-)

    BalasPadam
  3. rantau panjang kt area mana? kalau dari 7e tu terus kemana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rantau pjg lebuhraya shapadu. Dari arah klang belah kiri. Dari arah pelabuhan utara belah kanan

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...