بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 26 Januari 2015

Kedai kaki lelong Subang

Assalamualaikum

Imbas kembali cerita pencarian perabot terpakai. Tak tahu nak kata la hobi AI ni. Sampai saya dengan Iman pun terjebak sama :-). Ada dua lokasi kami pergi semasa AI balik baru ni. Tapi cerita lokasi yang kedua dulu.

Tahu tentang kedai kaki lelong ni dari kedai yang jual barangan terpakai juga. Baik la orangnya. Lepas tahu tu terus AI dengan semangatnya mencari. Lokasinya belakang bangunan Chitta Mall Subang Glenmarie. Berdekatan dengan flat tinggi yang banyak-banyak tu. Area shop lot. Tapi kedai ni bawah tempat parking.

Di sini banyak barang dari hotel. Yg nak buat homestay boleh la tengok-tengok. Harga boleh tawar. Ada khidmat penghantaran. Lepas pusing-pusing tengok. Kami beli kerusi dalam gambar di bawah tu (tak tahu pula panggil apa) dengan harga RM200. Kayu jati tu. Puashati la. Biasakan perabot hotel guna betul-betul kayu.

Luas sangat tempat ni. Barang pun sepah-sepah. Nasib-nasib la tengok rezeki. Ada barang elok baru masuk ada la rezeki. Ada satu almari baju lama masa kami datang tu. Yang minat perabot antik pasti suka. Kena repair sikit. Paku pintunya dah tercabut.

Sila jangan pelik dengan hobi AI. Dengan saya-saya turut terminat sama. Kerusi tu saya yang jumpa. AI kata tengok siapa yang cari. Saja la kan.. ingat isteri dia ni tak pandai beli barang ;-).

2 ulasan:

  1. Best sebenarnya perabot lama.boleh dpt harga murah n kualiti bagus klu pandai mencari n pilih. Laws jugak kerusi kayu pilihan Al

    BalasPadam
  2. tq kak kongsikan info ni.. wah berbaloi² nampak masih baru.. sy pun tgh cari perabot.. nanti nak ajak suamilah g sini ..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...