بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah semuanya. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik inshaallah. Aamiin. Maaf sangat sebab jarang ada masa dengan blog. Namun kalian tetap dalam ingatan. Mana yang ada dalam senarai disebelah kanan. Walau jarang bertegur siapa. Kalian akan kekal di situ. Semakin lama rasa semakin matang dengan dunia blog. Alhamdulillah.

Bagi saya blog adalah ruang untuk saya simpan segala memori buat Iman. Juga berkongsi apa yang saya tahu buat rujukan orang lain. Income tu hanya sampingan jika ada. Siapa taknak kan. Dunia hari ni segala-galanya perlu duit. Semakin lama semakin tinggi kos sara hidup. Adakala rasa seperti kita terpaksa lebihkan dunia untuk hidup sempurna. Moga dalam kesibukan kita tak lalai dengan ingatan terhadap Allah.

Memang banyak sangat kena ubah. Kalau diri sendiri tak ubah sampai bila-bila pun kita takkan berubah. Semoga Allah sentiasa bagi ruang dan peluang untuk menjadi insan beriman. Semoga kita mati dalam beriman dan layak masuk ke dalam syurgaNya. AAMIIN.

Selasa, 21 Oktober 2014

Gegaran Dinosaur di Shah Alam

Assalamualaikum

Hujung minggu baru ni tak tahu nak bawa Iman ke mana. Adik saya kata dia bawa anak-anak dia tengok pameran dinosaur yang terletak betul-betul sebelah muzium Shah Alam.

Kecil je kawasan pamerannya. Bayaran tiket dewasa rm10, kanak-kanak 5 tahun ke atas rm5. Ada pakej famili 2 dewasa 2 kanak-kanak rm25.

Lama juga kami duduk dalam tu. Menghayati betul-betul ;). Ada tayangan video dinosaur.

Aktiviti bersama AI

Assalamualaikum

Gambar aktiviti bersama AI baru-baru ni..

Jumaat, 17 Oktober 2014

Jus Mutiara Kaseh

Assalamualaikum

Baru sahaja mencuba produk jus mutiara kaseh yang di beli secara online. Ternampak iklannya di facebook. Setelah lama berfikir dan banyak kali juga ternampak. Perasaan nak mencuba tu cukup kuat. Akhirnya beli juga.

Tak boleh nak bagi testimoni penuh lagi sebab baru minum. Hari mula minum tu tengah sakit kepala. Biasa hujung-hujung datang bulan memang macam tu. Alhamdulillah rasa lega pula lepas minum. Banyak angin keluar dari badan. Tertarik sebab tengok kandungan dan khasiatnya. Yang utama boleh menjaga kesihatan dalaman wanita.

Setiap orang lain kesannya.. boleh cuba sendiri untuk lihat hasilnya. Rasanya tak sedap sangat. Macam jamu.. tapi macam saya ok je boleh telan. Yang penting sihat.

Selasa, 14 Oktober 2014

Photobook Iman tempah melalui facebook

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertahun berhajat akhirnya siap juga photobook Iman. Bermula dari sembang di group whatsapp tentang gambar. Kawan beritahu ada orang boleh tolong buatkan photobook. Cuma tempah melalui dia sahaja. Apalagi laju je saya pm dia melalui facebook dan terus suruh buatkan. Nak buat sendiri asyik tak terbuat.

Untuk permulaan saya buat photobook Iman dari usia 0-2 tahun. Lepas ni nak buat 3-4 tahun pula dan lagi satu gambar kami sekeluarga. Teruja tengok hasilnya. Harga photobook ni RM85 termasuk kos buat dan hantar. Size A4. Harga ikut harga offer. Saya pilih hard cover. Dalamnya kertas licin. Puashati sebab gambarnya terang. Saya ambil gambar dari album Iman yang dimasukkan dalam fb. Memang setakat umur Iman 2 tahun je saya masukkan. Senang sikitla kerjanya.

Mudah sangat nak berurusan. Cuma perlu add facebook Hera's Pier. Beritahu nak photobook macamana. Kemudian hantar gambar. Sibuk juga dia sebab banyak tempahan. Jadi kenalah bersabar. Ikut giliran.

Bawah ni antara gambar dalam photobook Iman.

Isnin, 13 Oktober 2014

Cari perabot lama di Rengit Johor

Assalamualaikum

Hari Isnin sehari lepas hari raya aidiladha kami ke Rengit Johor survey perabot lama. AI ajak adik saya Sham join sekali. AI balik kali ni asyik survey perabot kayu je.. letih juga.. AI memang cerewet bab perabot. Kalau boleh beli sekali seumur hidup ;). Hayat perabot lebih lama dari umur tuan perabot hehe. Begitu kaedahnya.

Sebenarnya AI minat barangan antik. Perabot lama kebanyakannya tahan lama sebab solid kayu. Kayu yang digunakan pula kayu bermutu tinggi. Macam jati, meranti, cengal dan sebagainya. Jati sekarang banyak ukir. AI tak minat.

Pertama kali pergi ke Rengit. Tanya-tanya orang juga lokasinya. Dah tau senang je. Sampai bandar Rengit cari pasar awam Rengit. Nama jalan untuk masuk ke tempat jualan barang-barang lama Rengit tu Jln Kg Batu Laut. Nampak bangunan kuning dalam gambar di bawah tu.Masuk jalan tu terus je ke dalam. Nanti jumpalah banyak kedai tepi-tepi jalan.

Lepas survey jumpa juga barang yang berminat. Tapi masalah transport pula. Kalau nak murah kongsi lori. Seorang bayar RM250. Tapi ambil masa 2 minggu. Sebab nak kumpul jumlah barang. Satu lori RM700 lebih dari Rengit ke Klang.

Kami tak beli apa pun.. nama pun nak survey. Tapi nampaknya AI puashati. Saya banyak duduk dalam kereta. Cuaca panas sangat. Kami sampai pukul 11 pagi. Balik 5 petang. Tapi sampai rumah pukul 1 lebih. Sakit kepala yang amat. Jalan jem teruk. Tu lah orang sibuk balik kampung.. kami sibuk tengok barang.

AI cuti singkat. Sebelum tu kami balik Kelantan 4 hari. Lepas ni AI kata nak pergi lagi kena tidur hotel. Esoknya baru balik bawa barang sekali. Itupun kalau jadi.. ;)

Wefie aidiladha

Assalamualaikum

Baru berkesempatan udate blog. Raya aidiladha baru ni saya raya di rumah, rumah mak dan mama Iman sahaja.

Pagi sebelum raya pergi pasar dengan AI berdua. Tinggal Iman bersama mak di rumah. Banyak juga membeli termasuk beli troli pasar ;). Kalau tak sakit tangan membimbit.

Malam raya masak rumah mak. Masak rendang ayam pencen dan daging je. Makan dengan nasi impit. Nak masak lain tak sempat ;).

Lepas AI solat, kami makan dan bergambar dulu sebelum ke rumah mak. Semua gambar hasil tangan Iman menekan shutter :).